Friday, December 10, 2010

PUTRAJAYA TERUS CERAH


Gelombang Hitam Bakal Selubungi Kecerahan Putrajaya

Sunday, October 17, 2010

SMM DI BIDAS ISU PTPTN


PETIKAN DARI BLOG THE FLYING KICK


Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia menuntut agar kerajaan memberi diskaun 50% ke atas pinjaman PTPTN dalam usaha memberikan pendidikan percuma kepada pelajar dan mahasiswa dalam jangka panjang. (Suara Keadilan Online)

Ini baru namanya Mahasiswa... harapan negara pada masa hadapan. Harapan bangsa kepada barisan kepimpinan pada masa hadapan...

Malangnya, kalau itulah barisan hadapannya, hancur leburlah negara ini dan pupus habislah segala bangsa di dalam negara. Sebabnya, barisan kepimpinan masa hadapan itu terdiri daripada si bodoh, si baghal dan si bahlol yang kerjanya tidak lain daripada meminta sedekah dan tidak faham-faham maksud sebenar perkataan PINJAMAN.

Seperkara yang pasti ialah, pelajar-pelajar yang meminjam PTPTN dan lulus cemerlang, dibebaskan daripada membayar keseluruhan pinjaman berkenaan. Mengapa SMM tidak berusaha agar ahli-ahli dan penyokong-penyokong mereka mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran? Mengapa wujud desakan agar potongan diberikan walhal pada masa yang sama, perjuangan SSM adalah untuk mendapatkan kesamarataan dan keadilan.

Adilkah jikalau duit rakyat di dalam PTPTN 'dihadiahkan' kepada pelajar-pelajar yang sebenarnya tidak layak pun bergelar mahasiswa? Sepatutnya SSM mengintai diri sendiri dan bertanya, adakah mereka benar-benar layak berada di institusi pengajian tinggi terutama IPTA? Dan yakinlah Setiausaha SMM, Mohd Rodzuan Othman yang lantang meminta sedekah ini sebenarnya PELAJAR MELAYU YANG CENDERUNG KEPADA KURSUS-KURSUS MUDAH LULUS seperti sains politik dan persuratan Melayu seperti Anwar Ibrahim.

Dasar budak-budak hingusan yang tidak sedar diuntung. Zaman ibu bapanya, peluang untuk belajar sangat terhad dan terpaksa bersaing dalam kecemerlangan untuk masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi yang jumlahnya tidak melebihi 5 buah. Sudahlah tiada pinjaman PTPTN seperti sekarang, untuk mendapatkan biasiswa juga sebenarnya sangat payah. Tanpa pembayaran yuran, bererti pelajar-pelajar walau secemerlang mana pun akan diterajang keluar dari pusat pengajian tinggi tersebut.

Budak-budak tidak sedar diri seperti Mohd Rodzuan Othman, Setiausaha SMM itu seharusnya bersyukur kerana terdapat berpuluh-puluh buah IPTA dan IPTS di negara ini di samping pinjaman, dermasiswa dan biasiswa. Kalau sudah tidak mampu untuk membayar pinjaman PTPTN, usahakanlah agar menjadi pelajar cemerlang, bukannya sibuk nak berpolitik dan berlagak kononnya MAHASISWA LEBIH BIJAK DARIPADA ORANG LAIN...

Saturday, October 16, 2010

SELAMAT MAJU JAYA



Fokus Fokus Fokus..

SELAMAT MAJU JAYA DARI TSB

"BELAJAR ITU SATI IBADAH MAKA BELAJAR ITU LEBIH BAIK"

FITNAh LAGI



Salam perjuangan..

Matlamat Menghalalkan Cara..

itulah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada Golongan yang terdesak untuk mendapatkan undi. fitnah, penipuan dan penyelewengan adalah jalan terbaik untuk mendapatkan sokongan populariti dan perhatian daripada warga kampus demi kemenangan sesi kali ini. Baru sahaja didedahkan penipuan fakta terhadap isu HX GMUKM sekali lagi merancakkan suasana dengan kekecohan baru iaitu dengan menuduh JAKSA KOLEJ PENDETA ZA"BA menganjurkan satu rombongan untuk menyaksikan Konsert Adam Lambert.

Lambakan Poster2 haram tersebar di Kolej Pendeta Zaaba dengan tertera No YDP kolej sekali terhadap penganjur Jaksa ZABA dalam rombongan menyaksikan konsert ADAM LAMBERT. GMUKM lantas menyiarkan berita dengan menuduh ini adalah perbuatan Jaksa Kolej yang kononnya selalu terlibat dengan kegiatan Hendonisme, konsert pergaulan bebas dan sebagainya. tindakan ini ternyata telah menjerat GMUKM sendiri.

Disini TSB ingin membri pandangan bagi Flyers yang bertebaran di KPZ minggu ini.

jika diperhatikan kepada flyers yang diedarkan jika program tersebut adalah program peringkat Kolej, perkara paling penting adalah setiap poster atau flyers dan sebagainya perlulah mempunyai cop rasmi kolej, perkara ini tidak hanya berlaku di KPZ sahaja sebaliknya proses atau prosedur ini adalah biasa bagi semua kolej. Jika dilihat pada Poster tidak mengenakan sebarang cop kolej adakah ini benar-benar penganjuran jaksa KPZ? walaupun tertera nombortelefon YDP tidak dpt mengesahkan bahawa ini adalah penganjuran jaksa KPZ. pemfitnah mungkin tidak tahu nama YDP KPZ.

selain itu, dari segi perkhidmatan bas, bagi mendapatkan perkhidmatan bas itu bukan semudah yang disangka, berbagai prosedur dilalui bagi seseorang atau organisasi untuk mendapatkan perkhidmatan Bas UKM. dalam kes ini, Tidak semudah itu PPP akan meluluskan bas bagi sebuah program yang dilihat tidak berguna. mungkin bagi mereka jika permintaan ini datang dri penyokong dan pendokong mudah mendapatkannya dan atas dasar itulah fitnah itu berleluasa.

dalam kes ini juga YDP jaksa zaba juga telah menafikan tentang penglibatan jaksanya dalam program yang tidak mendatangkn faedah. beliau dengan berani telah memberi komentar pada Blog GMUKM dengan memberi no. telefon untuk mendapatkan penjelasan menegnai fitnah tersebut. hal ini tidak seperti GMUKM yang penakut dan bacul, ibarat pepatah "baling batu sembunyi tangan".

kepada GMUKM berbagai cara lagi kita boleh lakukan untuk mendapatkan sokongan dan perhatian daripada warga kampus, tindakan lapuk ini sudah berulang kali terjadi dan warga kampus sudah masak dengan taktik sebegini. dan peringatan kepada sesiapa bila ingin mengulas sesuatu biarlah berhemah dan bertanggungjawab, bukannya atas dasar kepentingan diri dan kemegahan diri.

wasalam..

"Belajar Itu Satu Ibadah, Maka Belajar itu Lebih Baik"

Wednesday, October 13, 2010

PEMBONGKARAN PENIPUAN GMUKM

SALAM PERJUANGAN..

Sebelum ini TSB ada mengulas mengenai polemik Isu HX yang dimainkan oleh GMUKM sebagai satu alat untuk meraih simpati masyarakat kampus. namun bukti dan hujah yang diberikan dalam isu tersebut ternyata lebih banyak penipuan berbanding hal sebenar. Di sini terdapat satu lagi penipuan fakta yang dilakukan GMUKM dalam isu HX yang di bongkar dalam GM terjerat









apa lagi yang bakal terjadi selepas ini?

"BELAJAR LEBIH BAIK"

UKM 4 GAGAL


SALAM PERJUANGAN..

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal berhadapan dengan tindakan tatatertib apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi erinford (status quo dikekalkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan) mereka bagi menghalang universiti itu berbuat demikian.

Keempat-empat penuntut itu didakwa terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada April lepas.

Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Haris Ibrahim yang mewakili penuntut berkenaan, Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha Abu Bakar bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Menteri Pengajian Tinggi, manakala UKM diwakili peguam Sarah Abishigam.

Haris memberitahu pemberita selain itu, Aziah turut mengekalkan perintah kos guaman yang perlu ditanggung oleh kesemua penuntut terbabit sebagaimana keputusannya pada 28 September lalu, berkaitan kes sama.

Pada 7 Oktober lepas, ketika berhujah untuk pendengaran permohonan injuksi itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang turut mewakili semua pelajar berkenaan, memohon supaya mahkamah tidak menetapkan sebarang kos memandangkan pemohon terdiri daripada golongan yang masih menuntut. - Bernama

kegagalan UKM 4 dalam rayuan memberikan autoriti kepada Universiti untuk menjalankan perbicaraan dalam mahkamah universiti. UKM 4 sememamngnya telah banyak telah gagal untuk menentang Uiversiti sendiri dan berjaya memalukan UKM dengan tindakan menyaman UKM. namun tindakan ini gagal.

UKM4 juga berdepan dengan pembayaran kos yang tinggi apabila menanggung kos guaman oleh mereka sendiri. persoalannya dimana mereka berempat mempunyai kos untuk membayar kos guaman yang agak tinggi memandangkan mereka masih lagi menuntut dan mengharapkan wang pinjaman dari PTPTN dan MARA. mungkinkah dibiayai oleh pihak luar memandangkan latar belakang politik mereka.

diharap dengan kejadian ini mahasiswa perlu lebih bijak dalam memikir dan mencorakkan masa depan negara. ingin berpoltik biarlah bukan dengan cara partisan atau belajarlah terlebih dahulu sebelum giat dalm bidang politik.




mungkinkah ini??


"BELAJAR LEBIH BAIK"

Monday, October 11, 2010

Polemik Isu HX

Salam..

Salam Perjuangan..

Jika dahulu GMUKM memukul gendang isu SPKG, bermacam keburukan dilontarkan terhadap SPKG bagi menarik perhatian mahasiswa/i tahun 1 terutamanya, untuk mendapatkan sokongan atau dan meraih undi pada pemilihan kampus akan datang. Akhirnya Isu tersebut senyap setelah pemilihan berakhir dan Kali ini, Mahasiswa/i disajikan pula dengan isu Ko-K yang melibatkan Hx yang dikatakan sangat kejam dan menindas Mahasiswa terutamanya mahasiswa tahun 1. Dalam isu ini TSB berpendapat, Mahasiswa perlu bijak menilai jangan mudah diperbodohkan dengan isu-isu yang seringkali dibawah oleh GMUKM di kampus.

TSB juga pada mulanya tidak menyokong sepenuhnya Isu Hx ini tetapi TSB yakin pentadbiran memerlukan masa untuk sentiasa memperbaiki sistem tersebut. Program Hx ini masih lagi baru dilancarkan pada semester ini, kita perlu melihat hasilnya dahulu jika mendukacitakan maka perlulah dicari dimana kesilapan tersebut dan ianya boleh diperbaiki. ibarat kita menanam tanaman takkan kita boleh perolehi hasilnya pada keesokan hari. Mahasiswa harus yakin dengan pendekatan yang dibawa oleh universiti untuk memberi pembelajaran yang berguna kepada mahasiswa kerana hasilnya adalah untuk kegunaan masa depan.

Isu HX pada kali ini membawa kepada timbulnya sebuah Akaun Facebook Geram Ukm yang kononya menjadi saluran bagi mahasiswa/i yang tertindas ini untuk menyampaikan ketidapuasan hati mereka terdapat isu HX ini. Malangnya Melalui pemerhatian dijalankan Team Geram Ukm hanya banyak mengeluh mengutuk tanpa memberikan apa-apa tindakan susulan. Mereka menyatakan yang Program HX ini adalah seperti Program tadika tetapi tidak mengemukakan masalah dalam Isu HX. Ibarat Anjing yang Menyalak Bukit, Siapa sebenarnya yang berada di belakang Geram Ukm?? mungkin anda boleh nilai sendiri.

Modus Operandi GMUKM tetap sama dengan Isu SPKG sebelum ini. Mereka Kononya akan menghantar wartawan-wartawan untuk mendapat respon terhadap isu HX dan hasilnya maka terbitlah satu skrip drama tersusun yang dikarang dengan baik oleh wartawan GMUKM

" Kita bukan budak-budak ! Kenapa kita perlu dipaksa untuk hadir ke kelas yang kami 'tak minat? Sudahlah subjek-subjek kursus pun sudah berat, ingat masuk ko-k ni, dapatlah kita enjoy,join kelab,sukan yang kita minat. (Malangnya)Itupun kita dikawal,dipaksa juga. Felo-felo pula jadinya ada authority hendak panggil kami turun bila-bila dia suka, hatta tengah malam atas alasan ko-k.Disuruhnya siap itu,ini untuk kolej. Tak hadir, diugutnya markah ko-k kurang..Adakah ini cara budak U ? Dicucuk hidung, ke sana,ke sini ??? " bentak seorang mahasiswa Tahun 1 sambil disokong rakan-rakan di dalam sebuah kelas Hubungan Etnik di Dewan Kuliah FSSK tengah minggu lalu.

berikut adalah skrip skrip drama yang sering dikarang oleh GMUKM bagi menunjukkan yang mahasiswa tahun 1 tidak berpuas hati. mereka juga akan menghentam felo-felo yang melaksanakan Program ini contohnya yang berlaku di Kolej Antarabangsa Ibu Zain.

Dan ironinya Wartawan GMUKM juga mendapat maklumat, Felo Kolej Ibu Zain tidak pernah mengambil kedatangan ke Ko-Kurikulum. Justeru apabila maklumat kedatangan Ko-Kurikulum itu hendak diserahkan untuk permarkahan Bahagian Pengurusan Akademik, Felo tersebut terpaksa mengadakan 'sesi menandatangani kehadiran kokurikulum' beramai-ramai dengan memanggil mahasiswa-mahasiswi Tahun 1 dan 2 turun atau berjumpa dengan beliau secara peribadi. Hal ini disahkan sendiri oleh rakan-rakan GMUKM yang menghuni Kolej Ibu Zain

statement yang dikeluarkan oleh GMUKM ini telah menimbulkan reaksi yang kurang senang dikalangan penghuni KOlej Antarabangsa Ibu Zain mereka menyatakan ini adalah satu fitnah yang dibuat oleh GMUKM untuk memburukkan-burukkan felo-felo yang berusaha bagi melancarkan lagi kelangsungan Program HX tersebut.

Justeru, TSB menyeru semua mahasiswa berfikir dengan betul dan rasional terhadap benda yang dibuat oleh pentadbiran Universiti, janganlah membangkang dengan melulu terhadap sesuatu isu yang kita tidak Jelas lagi akan kesannya. BerTindak Sabar Berhemah itu dalam menilai situasi yang berlaku.

wasalam.


BELAJAR LEBIH BAIK.

Tuesday, October 5, 2010

BELAJAR ATAU BERPOLITIK



ASSALAMUALAIKUM

SALAM PERJUANGAN..

Belum reda kes UKM4 di mahkamah kumpulan mahasiswa anti-establisment mula menyalak lagi bagi pilihan raya kecil Dun Galas yang akan berlangsung tidak lama lagi. mahasiswa kali ini benar-benar terdesak untuk mencabar AUKU yang mana dalam:

15(5)(a) tiada seorang pun pelajar universiti dan tiada pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar universiti yang ditubuhkan oleh dibawah perlembagaannya, boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada didalam atau diluar Malaysia.

Di peringkat nasional SOLIDARITI MAHASISWA adalah front mahasiswa yang galak menghasut mahasiswa untuk turun berpolitik terutamanya dalam PRK yang terdekat di Dun Galas tidak lama lagi. Mungkin untuk mencari pelapis kepada tindakan Hilman Idham dan rakan-rakan yang jumud terhadap sesebuah parti. Di Ukm GMUKM adalah front mahasiswa yang lantang bersuara untuk terlibat dalam politik luar. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi cita-cita politik mereka untuk keluar dan berpolitik adakah ini salah satu aktiviti dalam tema BER-GM lebih baik??

GMUKM semenjak dari kekalahan lepas lebih banyak berbicara soal politik daripada soal kebajikan mahasiswa. Kepentingan mereka untuk berpolitik terlalu meluap-luap. Matlamat untuk memenangi pemilihan akan dating adalah dan sanggup melakukan pelbagai cara untuk menuntut simpati. Apa sahaja isu yang dikeluarkan adalah berbaur politik dan berat sebelah. GMUKM mengatakan mahasiswa yang tidak terlibat aktif dalam politik hari ini dikatakan mandom dan lesu kerana tidak seperti mereka yang aktif terutama dalam politik. Sebenarnya banyak cara lagi untuk kita terlibat secara aktif di UKM dengan berpesatuan dan sebagainya biarlah kita bersederhana dalam mencari ilmu di dalam dan di luar bilik kuliah.

Mahasiswa harus memikirkan kembali tujuan asal mereka masuk ke UKM adakah untuk BELAJAR ,BERPOLITIK atau BER-GM yang dikatakan lebih baik. Ibu-Bapa menaruh harapan yang tinggi untuk melihat anak mereka Berjaya menggenggam segulung ijazah dan bukannya hadir ke dalam mahkamah akibat kedegilan dan kemujudan terhadap kepartian. Ingatlah…

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

“BELAJAR LEBIH BAIK”

Wednesday, September 29, 2010

GAGAL

NU


MAHKAMAH TINGGI MENOLAK TINDAKAN MEREKA UNTUK MEMBUAT SAMAN PEMULA KEPADA UKM

Hakim Aziah Ali yang menyampaikan keputusan itu di kamar berkata Seksyen 15 akta itu - yang mana tindakan dikenakan berdasarkannya - tidak melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. -MALAYSIAKINI

DITANGKAP DI HULU SELANGOR BERSAMA SEJUMLAH RISALAH SEBUAH PARTI TAPI MENAFIKAN DENGAN ALASAN MELAKUKAN PENYELIDIKAN AKADEMIK


MANA HASIL PENYELIDIKAN? TAJUK TESIS KE?



bahan kajian penyelidikan



KES "BINI PUAKA" 4 ORANG TERLEPAS LALU MEMUJI MAHKAMAH ADIL

YANG KES NI PULA TAK DENGAR LAGI KATA MAHKAMAH ZALIM KEJAM DAN TIDAK ADIL.. MUNGKIN SELEPAS RAYUAN GAGAL BARU KELUAR..

BANYAK PULA DUIT NAK SAMAN UNIVERSITI SENDIRI

PERSOALANNYA SIAPA YANG TAJA?

KONON DISOKONG PENUH OLEH SELURUH PELAJAR UNTUK MENOLAK AUKU

SIAPA SOKONG??



di sokong seluruh masyarakat kampus


KAMI SOKONG MEREKA DIKENAKAN TINDAKAN

MEMALUKAN NAMA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PERJUANGAN UNTUK APA SEBENARNYA MEREKA?

LAWAN AUKU?

KEJAM KA AUKU?

ATAU SEBAB TAKUT TAK BOLEH BERTANDINGAN PEMILIHAN MPP AKAN DATANG??

"PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN"

"BELAJAR LEBIH BAIK"

Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



TSB MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA PEJUANG, PENGIKUT DAN PENYOKONG TSB

MAAF ZAHIR DAN BATIN DIPINTA ANDAI ADA SALAH DAN SILAP

KEPADA YANG PULANG KE KAMPUNG BERHATI-HATILAH DALAM PERJALANAN INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG


"PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN"

Thursday, September 2, 2010

apakah tindakan kita?




semakin kurang ajar dan melampau..

jika di Denmark kita tunjukkan rasa tidak puas hati dengan memboikot barangan mereka

di Pakistan mereka memboikot Facebook..

di malaysia??

mana organisasi dan parti yang dikatakan membela islam?

KDN?

kenapa perlu berlembut?

jika dilihat banyak kes-kes seperti ini berlaku di laman2 sosial pada hari ini

apakah tindakan kita?

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

Sunday, August 29, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-53



HENTIKAN SEGALA PERTELINGKAHAN WAHAI SAUDARAKU

HAYATILAH PERJUANGAN PEJUANG TERDAHULU DALAM MEMERDEKAkAN TANAHAIR TERCINTA

SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN BULAN RAMADHAN

"Perpaduan Asas Keharmonian"

Saturday, August 28, 2010

LARANGAN POLITIK CIPTAAN GMUKM

SALAM RAMADHAN..

SALAM PERPADUAN...

GMUKM BERKOKOK APABILA SATU ORGANISASI POLITIK MASUK KE UKM SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI PADA SAMBUTAN HARI WANITA. GMUKUM MELALUI BLOGNYA DENGAN LANTANG MEMPERTIKAIKAN KEWUJUDAN NAMA PADA GAMBAR INI



GMUKM LANTAS MENUDUH PIHAK UNIVERSITI BERAT SEBELAH DAN MENYEBELAHI SATU-SATU PARTI POLITIK. BILA SAJA SATU PARTI POLITIK YANG BUKAN DARI IDEOLOGI MEREKA TERNYATA GMUKM AKAN MENENTANG DENGAN HEBAT DAN LANTANG. ADAKAH GMUKM TERLUPA??

BILA WANITA INI MASUK KE UKM TIDAK ADA PULA KEDENGARAN SUARA-SUARA SUMBANG DARIPADA KEPIMPINAN GMUKM YANG KONONNYA MENGAKU SEBAGAI FRONT MAHASISWA. TERNYATA PANDANGAN DAN KRITIKAN GMUKM TERHADAP KEMASUKAN UNSUR-UNSUR POLITIK KE DALAM KAMPUS ADALAH BERAT SEBELAH DAN BEBAL. MAHASISWA DI MOMOKKAN BAHAWA MEREKA ADALAH SATU PERTUBUHAN YANG BERKECUALI DENGAN MANA-MANA POLITIK. INIKAH NILAI YANG INGIN DILIHAT OLEH MAHASISWA? MENYOKONG UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.

WASALAM

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

Friday, August 27, 2010

SEMUA DI JEMPUT HADIR



TAQWA SEIRING BERILMU

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

Monday, August 23, 2010

Kebudak-budakan




Salam Ramadhan.. Salam Perjuangan

ini adalah contoh mahasiswa pra-matang..

kalau anda baca flyers ni seperti satu bahan jenaka dan anda mungkin tidak percaya ianya dihasilkan oleh seorang mahasiswa/i yang sudah sampai di menara gading.

apakah niat si pelaku untuk membuat flyers tersebut?? inikah yang dikatakan melahirkan mahasiswa yang mempunyai daya intelek yang tinggi dan tekerhadapan??

daripada buat benda-benda macam ni elok kiranya jika kita menambah pahala dan amalan kita di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Perpaduan Asas Keharmonian.

TSB menyokong cikgu SITI



PETIKAN DARI BUZZE AZAM.. MANTAN PRESIDEN TSB

1. Puan Hajah Siti adalah salah seorang dari penerima anugerah PENGETUA CEMERLANG negeri Johor gred 52.
2. Beliau baru beberapa bulan berpindah ke SMKTAR Kulai.
3. Sesuai dgn status Pengetua Cemerlang, beliau cuba untuk membuat beberapa pembaharuan untuk meningkatkan kualiti P&P di sekolah tersebut.
4. Sebilangan guru lama di SMKTAR tersebut TIDAK BERPUAS HATI dengan beberapa arahan terbaru beliau sebagai Pengetua. (MOTIF)
5. Dalam Perhimpunan Pagi sekolah pada minggu lepas, bersempena dengan bulan kemerdekaan, beliau berucap tentang Konsep 1Malaysia.

6. Beliau memberikan analogi seperti berikut :- "SAYA BAWA KERETA PROTON SAGA. AH CHONG & MUTHU MENUMPANG DALAM KERETA SAYA. KAMI SAMA-SAMA MENUJU KE SATU DESTINASI.TETAPI ITU TIDAK MENJADIKAN AH CHONG & MUTHU MEMILIKI KERETA PROTON SAGA TERSEBUT KERANA SAYA TETAP PEMANDU".


7. Seorang guru KELINGPARIA bernama Maneswaran, yang sememangnya tidak puas hati dengan Puan Hajah (krn perkara 4 di atas), telah menghasut seorang pelajar KELINGPARIA juga dari tingkatan 6 bernama Asrivani. Bapak Asrivani (juga seorang KELING) adalah seorang Peguam Hindraf. Pakatan 3 ekor KELINGPARIA inilah yang telah membuat laporan polis yang bukan-bukan, menokok tambah statement Puan Hajah Siti dengan lauk-lauk tambah seperti :-

"Cina & India penumpang boleh balik ke negara asal"
"India memakai kalung seperti anjing"
"dsb seperti yang turut di tambah-tambah lagi oleh parti rasis DAP,PKR,MCA &MIC & KJ"

8. Inilah sebenarnya yang berlaku dalam kes ini. Bak cerita "Enemy of the states" lakonan Will Smith, Puan Hajah Siti menjadi mangsa atas sesuatu tuduhan yang tidak beliau lakukan.

9.Saya telah berjanji kepada "seseorang" tersebut bahawa saya dan rakan2 pimpinan NGO BAWAH TANAH MELAYU berdiri teguh di keliling Puan Hajah Siti dan kami akan melakukan segalanya demi untuk mempertahankan Puan Hajah sebagai seorang MELAYU.

10. Sumpah saya dan kawan2 TAK PERNAH KENAL/ATAU TAK ADA HUBUNG KAIT DGN Puan Hajah Siti sebagai seorang Individu, tetapi sebagai MELAYU, Cubit peha kiri, kaki kanan naik ke muka kamu!!!

11. Kepada orang Politik, kamu bolehlah berlakon, memberikan statement playsafe tetapi aku dan kawan2 aku (+geng 13 pijak kepala lembu kuil Shah Alam) takkan playsafe lagi.

12. Biarkan UMNO/BN hilang kuasa PRU-13 (kerana nak jaga hati PENDATANG) nanti asalkan BANGSA PENDATANG ni sedar diri mereka. Bila Melayu dah hilang kuasa PRU-13 nanti, baru Melayu mudah bersatu.

INGATLAH...

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

Saturday, August 21, 2010

MELAYU




Melayu : Oleh Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Friday, August 20, 2010

SEMUA KAUM MESTI AMBIL IKTIBAR








JANGAN DIPERTIKAI HAK MELAYU

SAMA-SAMALAH KITA MENJAGA PERPADUAN DAN KEHARMONIAN INI

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

Thursday, August 19, 2010

NADI UKM SALURAN BERITA SONGSANG


SALAM RAMADHAN

SALAM PERPADUAN..

MEMETIK KEPADA POST YANG DIKELUARKAN OLEH NADIUKM PADA 17 OGOS 2010 MENGENAI TSB, KAUKUS SISWA MELAYU DAN A.D.A.M. TSB SEKALI LAGI MENEGASKAN BAHAWA APA YANG DI KELUARKAN OLEH NADIUKM ADALAH SEBAGAI BERITA PALSU DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. NADIUKM DALAM POST TESEBUT MEMBERITAHU BAHAWA KSM, DAN ADAM ADALAH HASIL DARIPADA REBRANDRING SEMULA TSB ADALAH SAU BERITA PENIPU. NADIUKM HARUS MEMBACA SEMULA ENTRY MENGENAI KEBANGKITAN GERAKAN MAHASISWA MELAYU 2010 TSB DENGAN JELAS MENYATAKAN BAHAWA KSM DAN ADAM INI BUKANLAH HASIL DARIPADA REBRANDING TSB. TIDAK TERDAPAT PERKATAAN PUN YANG MENYATAKAN BAHAWA KSM DAN ADAM ADALAH LAHIR DARIPADA TSB SEBALIKNYA ADAM DAN KSM ADALAH GERAKAN BARU PELAJAR MELAYU YANG LAHIR PADA 2010. TSB DISINI MENEGASKAN BAHAWA TSB TIDAK TERLIBAT DENGAN MANA-MANA POLITIK LUAR SEPERTI YANG DIGEMBAR-GEMBURKAN OLEH NADIUKM DAN MEMINTA KEPADA NADIUKM SUPAYA MENJELASKAN SIAPA SEBENARNYA SHAH YANG DISEBUT-SEBUT OLEH NADIUKM PERNAH KE KURSUS JENTERA DAN JEMPUTAN AHLI TERTENTU.

UNTUK REKOD, NADIUKM ADALAH SALURAN INFORMASI YANG BARU DITUBUHKAN PADA PILIHAN RAYA LEPAS, SEPANJANG DITUBUHKAN NADIUKM ADALAH SALURAN INFORMASI YANG BERAT SEBELAH DAN SERING MENGHENTAM PERGERAKAN-PERGERAKAN PELAJAR DI UKM YANG MENDOKONG ASPIRASI UNIVERSITI. NADIUKM DILIHAT JARANG SEKALI UNTUK MENGHENTAM GMUKM SEBALIKNYA MENSASARKAN ASPIRASI SEBAGAINYA MANGSANYA. NADIUKM BERPURA-PURA TELUS DAN NEUTRAL SEBALIKNYA PERANGAI DAN TINDAK TANDUK ADALAH SERUPA KEPADA PORTAL WEB TERKENAL MALAYSIAKINI YANG MENJADI DURI DALAM DAGING DALAM MENYAMPAIKAN INFORMASI KEPADA PELAJAR. KENAPA NADIUKM TIDAK SENANG DENGAN KEBANGKITAN GERAKAN-GERAKAN PELAJAR MELAYU DI UKM ADAKAH NADIUKM JUGA BERSIFAT CHAUVANIST DAN KOMUNIS SEPERTI MALAYSIAKINI??

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

Saturday, August 14, 2010

KEBANGKITAN GERAKAN MAHASISWA MELAYU 2010

SALAM RAMADHAN..

2010 MERUPAKAN SATU LONJAKAN BARU KEPADA KEBANGKITAN PEJUANG MAHASISWA ALIRAN MELAYU. MAHASISWA MELAYU KINI MEMPUNYAI HALA TUJU DAN PERJUANGAN BAGI MEMARTABATKAN SEMULA KEGEMILANGAN MELAYU DAN SEMESTINYA IA BERMULA DARIPADA KAMPUS. DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA GERAKAN MAHASISWA ALIRAN MELAYU ATAUPUN LEBIH KEPADA NASIONALISME MELAYU ISLAM DIPELOPORI OLEH TINDAKAN SISWA BERSATU WALAUPUN SEBELUM ITU SUDAH TERDAPAT ATMA. NAMUN KEGAGALAN TSB MENERUSKAN RENTAK PERJUANGANNYA MEMBAWA KEPADA TENGGELAMNYA TSB DAN DIGANTIKAN DENGAN ASPIRASI YANG DIGERAKKAN OLEH TSB DENGAN GABUNGAN DARIPADA CCC DAN PAH ( KONSEP PARTI PERIKATAN ). 2010, DILIHAT SEBAGAI MOMENTUM KEBANGKITAN DENGAN PENUBUHAN KAUKUS SISWA MELAYU

KAUKUS SISWA MELAYU DILIHAT SANGAT AKTIF DALAM MEMBERIKAN PANDANGAN DAN PENDAPAT MENGENAI PERLUNYA SISWA-SISWI MELAYU BERJUANG DAN BERSAMA-SAMA BAGI MENENTUKAN HALA TUJU MELAYU.

SELAIN ITU, WUJUD PULA SATU GERAKAN BARU YANG LAHIR DI KOLEJ TUN HUSSIEN ONN IAITU A.D.A.M ( AKU DARAH ANAK MELAYU )



ADAM ADALAH KUMPULAN GERAKAN MAHASISWA JUGA BARU DITUBUHKAN SEIRINGAN DENGAN KEBANGKITAN SEMULA TSB PADA TAHUN 2010.

KEBANGKITAN SEMULA TSB PADA TAHUN 2010 MEMBERI BANYAK IMPAK KEPADA GERAKAN ALIRAN KEBANGSAAN TERUTAMANYA DI UKM. NAMUN DEMIKIAN KITA JANGALAH LUPA KEPADA RAKAN-RAKAN DARI BANGSA LAIN YANG BANYAK MEMBANTU KERANA TSB MEMEGANG SEMANGAT DAN KATA-KATA PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

Thursday, August 12, 2010

SEJARAH KEBANGKITAN TSB

TSB YANG DITUBUHKAN PADA AKHIR 1970 MEMPUNYAI REKOD BAIK DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS.

SEBELUM NAMA TSB DITUKARKAN KEPADA ASPIRASI TSB TELAH MEMENANGI 7 KALI PILIHAN RAYA KAMPUS.

1980/1981: TSB MEMECAHKAN DOMINASI PENGUASAAN ATMA YANG TELAH MENERAJUI PMUKM SELAMA 9 TAHUN BERTURUT TURUT. TSB MEMENANGI PILIHAN RAYA KAMPUS SESI 1980/1981 DAN PRESIDENNYA RAIS ZAINUDDIN DIANGKAT SEBAGAI PRESIDEN PMUKM.

1985/1986: TSB KEMBALI MENGUASAI PMUKM APABILA MENANG DALAM PILIHAN RAYA PADA SESI TERSEBUT.

1989/1990: TSB KEMBALI MEMENANGI HATI PELAJAR UKM APABILA MEMANG DALAM PEMILIHAN DAN SAUDARA AHMAD SHAMSUDDIN RAMLI DIANGKAT MENJADI PRESIDEN PMUKM

1991/1992: PERTARUNGAN SENGIT ANTARA IPU DENGAN TSB MENYEBABKAN KEDUDUKAN KERUSI ANTARA KEDUANYA ADALAH 22IPU 22TSB. SAUDARA RAZALI IBRAHIM DIANGKAT MENJADI PRESIDEN PMUKM.

1992/1993: SEKALI LAGI TSB MENERUSKAN RENTAK KEMENANGAN APABILA MENGALAHKAN IPU DENGAN SATU KERUSI DAN SAUDARA RAZALI IBRAHIM SEKALI LAGI DIANGKAT SEBAGAI PRESIDEN PMUKM.

1993/1994: TSB MEMANG LAGI SAUDARA AMIRUDDIN HASAN DIANGKAT MENJADI PRESIDEN PMUKM.

1994/1995: TSB MENANG

1995/1996: TSB MELENGKAPKAN KEMENANGAN SELAMA 6 TAHUN BERTURUT-TURUT APABILA MEMENANGI PILIHAN RAYA KAMPUS BAGI SESI INI. DAN INI MERUPAKAN SESI TERAKHIR KEMENANGAN TSB DI UKM KERANA SELEPAS INI TSB MENGALAMI KEKALAHAN BERTURUT-TURUT SELAMA 7 TAHUN.

2003/2004: DEKLARASI PINANG TELAH MENUKAKRKAN NAMA TSB KEPADA ASPIRASI.. WALAUPUN MENUKARKAN NAMA KEPADA ASPIRASI NAMUN PENGGERAK UTAMA DIDALAM ASPIRASI ITU ADALAH KUMPULAN TSB SENDIRI. ASPIRASI MENERUSKAN REKOD CEMERLANG APABILA MEMENANGI PILIHAN RAYA KAMPUS UKM SEHINGGA TAHUN 2010.

Wednesday, August 11, 2010

PENGHANTARAN SURAT TAWARAN PTPTN (KELOMPOK KE 2 DAN KE 3)





SELAMAT MAJU JAYA DARI TINDAKAN SISWA BERSATU


PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN..

Pengesahan Pendaftaran Kursus (UKM)

Makluman kpd semua warga UKM: sudahkah anda membuat Pengesahan Pendaftaran Kursus?? Ia mulai 9 -15 Ogos 2010. Sesiapa yang belum berbuat demikian sila berkunjung ke SMP WEB...harap maklum...

http://smp.ukm.my/smpweb/



PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN.....

TAHNIAH SEKRETARIAT PESTA KONVO UKM




SALAM PERPADUAN.....

TINDAKAN SISWA BERSATU MENGUCAPKAN SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEKRETARIAT PESTA KONVO UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KERANA BERJAYA MELAKSANAKAN PESTA KONVO PADA TEMPOH HARI..DIHARAP PERPADUAN DAN KERJASAMA DI ANTARA AHLI SEKTERIAT INI MENJADI ASAS KEHORMANIAN SATU SAMA LAIN...


PERPADUAN ASAS KEHORMANIAN

KAMBING



MUNGKINKAH MELAYU MEMERLUKAN BEBERAPA EKOR KAMBING LAGI UNTUK MENYATUKAN MEREKA..
WALLAHUALAM..

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN..

GMUKM dan Sekitar Ungu-kan Pesta Konvo

Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) meneruskan lagi agenda mendekati para mahasiswa UKM terutama para graduan yang baru memperoleh segulung ijazah dengan mengadakan program UNGU-kan Pesta Konvokesyen ke-38.

Acara bermula dengan aktiviti berkumpul dan berkonvoi beramai-ramai dari DECTAR dan berakhir di tapak pesta di Dewan Gemilang sebagai simbolik kepada perjalanan jauh mahasiswa menuju harapan menggapai segulung ijazah. Segala cabaran, onak dan duri dan perjalanan yang jauh bakal ditempuhi sebelum seseorang itu layak bergelar graduan mahasiswa.

Setiba konvoi di tapak pesta, ahli Gabungan Mahasiswa bergerak mengedarkan 'flyer' penerangan GMUKM ke sekitar tapak pesta. Ironinya ramai mahasiswa yang ditemui melahirkan perasaan teruja mereka yang pada mulanya 'takut' dengan GMUKM, tetapi apabila diberi penjelasan mereka baru mendapat maklumat yang sebenar berkenaan GMUKM. Ini kerana mereka telah mendapat 'nasihat' daripada 'abang dan kakak' di kolej supaya menjauhi 'kumpulan Ungu' yang dikatakan gemar mencetuskan kekecohan dan memalukan nama Universiti.

Dalam aktiviti yang sama pada petang itu, pihak GMUKM turut mengedarkan aiskrim percuma kepada pengunjung tapak pesta Konvokesyen ke-38.(DI AMBIL DARI BLOG GMUKM)


PENJELASAN MENGENAI KENYATAAN GMUKM:

Setiba konvoi di tapak pesta, ahli Gabungan Mahasiswa bergerak mengedarkan 'flyer' penerangan GMUKM ke sekitar tapak pesta. Ironinya ramai mahasiswa yang ditemui melahirkan perasaan teruja mereka yang pada mulanya 'takut' dengan GMUKM, tetapi apabila diberi penjelasan mereka baru mendapat maklumat yang sebenar berkenaan GMUKM. Ini kerana mereka telah mendapat 'nasihat' daripada 'abang dan kakak' di kolej supaya menjauhi 'kumpulan Ungu' yang dikatakan gemar mencetuskan kekecohan dan memalukan nama Universiti.


JAWAPANNYA DI SINI...SEMEMANGNYA GMUKM INI SENTIASA SUKE MELAKUKAN DEMONTRASI YANG TIDAK TENTU ARAH..SELAIN GMUKM INI ADALAH PERSATUAN YANG HARAM DI UKM KERANA TIDAK BERDAFTAR...JIKA DI UNGKIT KEMBALI SEJARAH SEMASA HARI KERJAYA DI UKM 3 TAHUN YANG LEPAS,GMUKM lah YANG MEMALUKAN NAME UVIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SEMASA DI DECTAR...SUDAH2LA GMUKM...BERHENTILA NAK BHURUKKAN KEADAAN...KAMI TIDAK MAHU KERANA GMUKM PUNYA HAL, KAMI GRADUAN LEPASAN UKM TIDAK MENDAPAT KERJA APABILA TAMAT PENGAJIAN....JIKA NAK BERDEMO PON GUNAKANLAH SALURAN YANG BETUL...

TINDAKAN SISWA BERSATU MENASIHATKAN KEPADA ADIK2 JUNIOR 1st YEAR BERHATI2LAH DENGAN MEREKA INI (GMUKM)...INGATLAH KEMBALI IBU BAPA KTE MENGHANTAR KE UNIVERSITI ADALAH UNTUK MENUNTUT ILMU DAN BUKANNYER BERDEMONSTRASI YANG TIDAK MEMBERIKAN APA-APA KEBAIKAN SEBALIKNYA DIRI SENDIRI YANG MENJADI RUGI....

SALAM PERPADUAN UNTUK SEMUA....


PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN....

Tuesday, August 10, 2010

TSUNAMI BIRU DI UKM




TINDAKAN SISWA BERSATU MENGUCAPKAN SELAMAT BERTSUNAMI BIRU KEPADA SEMUA MAHASISWA/I UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA....MARI RAMAI-RAMAI PAKAT PAKAI BAJU BIRU BAGI MENDUKUNG ASPIRASI UNIVERSITI......TEGUH SETIA BERSATU....

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN....

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN



SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TIDAK KIRA DI MANA ANDA BERADA..

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

FADHILAT PUASA DI BULAN RAMADHAN


Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya.Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya pada tahun hadapan.



"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah S.W.T" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Sedarkah kita menjalani ibadah puasa dapat melatih diri dan membentuk sifat-sifat terpuji. Antaranya:

* sifat ikhlas
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keihklasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukannya. Itulah sebabnya ibadat ini lebih istimewa dari yang lain. sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

* Kekentalan jiwa
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya selain Ramadhan. Ini mendidik kita lebih tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

* Sabar
Puasa melatih kita supaya dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dalam kehidupan.

* Memelihara fizikal
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

* Prihatin dan belas kasihan
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

* Membuka hijab antara diri dengan Allah
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

* Mengenali erti kejayaan sebenar
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

* Rasa belas dan lemah lembut
Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata " Aku berpuasa!." Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

* Memperkukuhkan kesatuan ummah
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan Ramadhan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adalah perkara yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

* Merapatkan hubungan dengan alam
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

* Menjaga masa
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka puasa dan bersahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

* Kesihatan tubuh badan
Pakar-pakar perubatan puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengan ubat-ubatan moden dan tradisi. Terutama penyakit berkaitan masalah perut.

TINDAKAN SISWA BERSATU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.....

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN....

Friday, August 6, 2010

SELAMAT BERGRADUASI KEPADA GRADUAN UKM




salam perpaduan...salam perjuangan....

TINDAKAN SISWA BERSATU mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua bakal graduan yang bakal berkonvokesyen pada 7 hingga 10 Ogos nanti. kami turut berbangga di atas kejayaan anda yang berjaya memperoleh skrol ijazah.

lmu pengetahuan mempunyai peranan yang sangat besar bagi diri seseorang seterusnya kepada pembinaan tamadun negara bangsa. berbaktilah kepada masyarakat dan keluarga untuk mencapai kejayaan yang diimpikan....SELAMAT MAJU JAYA....


PERPADUAN ASAS KEHORMANIAN......

Thursday, August 5, 2010

PENYATUAN TUAN TANAH DI BUMI MELAYU....





SHAH ALAM 5 Ogos – Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita dengan anasir-anasir yang cuba mencabar institusi agama Islam hari ini.

Baginda bertitah, antaranya ialah ajaran sesat, penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam, penyalahgunaan masjid, penglibatan remaja dengan dadah, vandalisme, mat rempit dan gejala sosial.

Justeru baginda mengingatkan umat Islam terutama orang Melayu agar bersatu untuk mempertahankan agama dan bangsa.

‘‘Beta amat berharap agar usaha-usaha dipertingkatkan bagi mengatasi masalah ini dan beta percaya pendidikan adalah penawar utamanya.

‘‘Oleh itu agensi kerajaan, badan berkanun dan syarikat swasta perlu menjayakan program agama dan pendidikan moral kepada kakitangannya.

‘‘Pertubuhan politik dan bukan kerajaan (NGO) pula berusaha mencari titik pertemuan ke arah perpaduan dengan menjadikan pendidikan sebagai agenda perubahan,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika merasmikan Sekolah Rendah Agama Integrasi Sesyen 7 di sini hari ini.

Baginda turut berkenan mengisytiharkan nama baru sekolah tersebut sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi Dato’ Mufti Yusof Sahabuddin sempena nama Mufti Selangor yang pertama.

Ia bagi mengenang jasa dan mengiktiraf sumbangan Allahyarham dalam pembangunan Islam di negeri ini.

Hadir sama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi.

Dalam pada itu, baginda mengingatkan JAIS dan mereka yang bertanggungjawab dengan pembangunan pendidikan agama di negeri ini agar sentiasa berwaspada dan memastikan para guru dan pendidik agama Islam terdiri daripada mereka yang berpengetahuan, berkelayakan dan mempunyai tauliah.

Titah baginda, ini bagi mengelakkan penyelewengan dan kekeliruan di kalangan pelajar yang akhirnya boleh merosakkan masyarakat Islam di negeri ini.

‘‘Beta menitahkan supaya perkara ini dipandang serius dan tindakan yang tegas perlu diambil kepada mereka yang melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan,” tegas baginda...dipetik dari Utusan Malaysia 6 Ogos 2010..

JOM SOLAT JUMAAT......

JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.
Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

inikah Kaukus yang bangga jadi Melayu




Salam perpaduan.....Salam perjuangan...

Apa itu Kaukus Melayu????apa perjuangan Kaukus Melayu????
Titik permulaan perpaduan Melayu bilamana kepimpinan Pemuda berhenti bertelagah. Anak2 buah kedua belah pihak pun terdiri ramai dari orang yang sama. Nak buat apa heret isu yang senang2 boleh dselesaikan berpanjangan. Yang bergaduh melayu dengan melayu. Cukup lah tu..tunjukkan iltizam yang jitu dan contoh yang baik untuk bersatu. Kalau nak menegur, tegur lah secara berhemah. Jangan la sampai gadai bangsa sendiri !!!...cakap serupa bigin ke nie????fikirkanlah Wahai Bangsa Melayu....
kita perlu bersatu untuk bangsa sendiri....


Bangkitlah Wahai Bangsa melayu demi Agama Bangsa dan Negara...


PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN.......

GMUKM dan Pesta Konvo



salam.. poster berkenaan dapat dilihat di mana-mana tempat di seluruh UKM dan telah menimbulkan persoalan adakah GMUKM merupakan penganjur kepada Pesta konvokesyen. mungkin generasi baru GMUKM telah lupa bagaimana gerakan mereka yang tidak henti-henti menghentam pesta konvokesyen pada satu ketika, namun pada kali ini GMUKM seperti sudah hilang arah perjuangan terlalu liberal ibarat parti bulan yg menghilangkan prinsip perjuangan demi memenangi undi. terlalu janggal dilihat oleh mahasiswa apabila sebuah organisasi yang dulunya kuat menghentam program-program yang berunsurkan hendonisme yang dikatakan telah menyebabkan berlaku pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, konsert2 dan sebagainya kini telah menyokong bahkan turut sama mempromosikannya selain dapat membuka satu khemah.dalam konteks ini di lihat perjuangan retorik mereka telah terserlah apabila telah menyimpang dari landasan mereka. persoalannya disini apakah agenda yang ingin dilakukan oleh mereka pada kali ini?. jika dilihat poster-poster yang dibuat kemungkinan lebih banyak daripada yang dikeluarkan oleh seketeriat pesta konvo itu sendiri.

sekian terima kasih

PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN

Tuesday, August 3, 2010

TINDAKAN SISWA BERSATU



PETIKAN DARI TSB GROUP.
Pandang belakang-Tindakan Siswa BersatuSecara umumnya, kebangkitan mahasiswa UKM di Malaysia sebagai satu gerakan social dan politik bermula sekitar tahun 1966 dan 1967. Bamyak peristiwa penting yang berlaku sehingga ia boleh dianggap sebagai tahun peralihan dalam sejarah pergerakan mahasiswa. UKM yang ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bertempat di Lembah Pantai dan kemudiannya di Bangi juga menyumbang kepada sistuasi ini. Bermula dengan pertembungan 2 aliran pemikiran yang mendasari penubuhan UKM iaitu golongan yang mempunyai kesedaran Islam dan golongan fahaman kebangsaan. Ia juga telah berjangkit kepada mahasiswa dan telah menjadi asas kepada politik kampus sejak dari awal 70an hingga sekarang.Pada sesi 74/75 PMUKM telah dibuabrkan berikutan berkuatkuasa pindaan AUKU pada tahun 1975. Ia kemudian dipulihkan apabila pilihanraya diadakan pada sesi 75/76. Pergolakan semakin wujud apabila terdapat kelompok yang menentang dan menerima pilihanraya tersebut. Namun ini mewujudkan budaya baru dalam politik kampus, politik kepartian. Wujud kumpulan mahasiswa menyokong secara myata dan terbuka dalam pilihanraya. Kumpulan pelajar yang cenderung kepada Islam dan memperjuangkan dasar Islam dikenali sebagai kumpulan Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA). Manakala kumpulan yang memperjuangkan Islam-Nasionalisma dikenali sebagai kumpulan Tindakan Siswa Bersatu (TSB).Berdasarkan pendekatan dakwah , aktivis ATMA telah mengerakkan Ikatan Studi Islam (ISIUKM) pada tahun 2976 tetapi tidak aktif disebabkan tada penggerak. Manakala golongan TSB, perjuangan mereka berterakan kepada kesederhanaan dan berkait rapat dengan dasar Nasionalisma-Islam dan perjuangan mahasiswa melayu. Meskipun kumpulan ATMA mewakili pendokong aspirasi Islam namun arah corak perjuangan sudah tidak sealiran sehingga melahirkan kumpulan yang pro-PAS dan pro-ABIM. Krisis dalaman ini adalah selaras dengan perpecahan ABIM sendiri, apabila kemasukan Anwar Ibrahim dalam UMNO pada tahun 1982.Politicking kelompok Islam ini semakin hebat apabila puak pro- PAS menarik diri dari ATMA pada pilihanraya sesi 84/85. Masing-masing menpunyai kefahaman dan konsep perlaksanaan Islam yang berbeza. ATMA yang pro-ABIM berpendapat perlaksanaan Islam perlu dilakukan secara tolak ansur dan toleransi untuk menjamin keadilan dan perpaduan mahasiswa. Manakala kumpulan ATMA yang pro-PAS berpendapat Islam tidakboleh dibawa berkompromi engan suasana persekitaran yang berbentuk secular. Perkembangan politik semakin menunjukkan pertembungan ideology Islam. Akhirnya kumpulan ATMA pro-PAS berpecah dan membentuk Islam PENYELAMAT Ummah (IPU) dengan slogan (MAMPU). Sehingga ke hari ini IPU adalah sayap kanan PAS. Pada 1988 muncul ISLAMIC Representatif Council (IRC). IRC yang pernah bersama dengan IPU membentuk Majlis Syura telah mengambil keputusan keluar dari IPU kerana tidak berpuas hati dengan dasar IPU yang terlalu political dan terikut-ikut cara PAS.TSB muncul ditengah kekalutan pertelagahan kumpulan Islam. Sekumpulan pelajar Melayu lewat 70an telah memikirkan perlunya gerakan pelajar yang sederhana dan tidak ekstrim dalam memperjuangkan suara mahasiswa di university. Tribute kepada Mohamad Rais Zainuddin (Datuk), Abdul Rahman Bakar(Dato’) dan rakan-rakan. Bermula dari empat orang mahasiswa dan kemudian kelompok ini disokong oleh Persatuan Anak Negeri dan akhirnya pada pilihanraya sesi 80/81 mereka Berjaya memecahkan tradisi kumpulan mahasiswa ekstrim. Walau bagaimanapun ATMA berjaya merampas semula kerusi PMUKM pada sesi 81/82.Pertandingan 3 penjuru pada pilihanraya sesi 85/86 diantara ATMA- pro PAS, ATMA- pro ABIM dan TSB. Ternyata konflik kumpulan Islam berada pada tahap klimaks. Kesemua calon kumpulan Islam yang bermasalah tewas kecuali setiausaha agung sesi sebelumnya. TSB memenangi semula kerusi PMUKM. Tewasnya ATMA dan pada sesi 86/87 munculnya IPU dan memenangi pilihanraya kampus. ATMA telah tidak meletakkan calon pada 3 pilihanraya tahun berikutnya.TSB memenangi semula kerusi PMUKM pada sesi 89/90. Meneruskan kegemilangan apabila memenangi pilihanraya kampus sesi 91/92, 92/93, 93/94, 94/95 dan 95/96. Satu rekod cemerlang kumpulan politik kampus yang berjaya menguasai PMUKM selama lima musim.Menerusi Deklarasi Sri Pinang di Kamsis Burhanuddin Helmi. Pada julai 1996(selepas kekalahan pilihanraya) TSB telah distruktur semula… Ditulis olehBudiman Mohd Zohdi (Presiden TSB 96/97)

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.

1. Allah

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah

5. Al-Quddus - Maha Suci

6. As-Salam - Maha Penyelamat

7. Al-Mu'min - Maha Pengaman

8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga

9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar

12. Al-Khaliq - Maha Pencipta

13. Al-Bari' - Maha Perancang

14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun

16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan

17. Al-Wahhab - Maha Pemberi

18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki

19. Al-Fattah - Maha Pembuka

20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui

21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup

22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup

23. Al-Khafid - Maha Penghina

24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi

25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan

26. Al-Muthil - Maha Merendahkan

27. As-Sami’ - Maha Mendengar

28. Al-Basir - Maha Melihat

29. Al-Hakam - Maha Menghukum

30. Al-‘Adl - Maha Adil

31. Al-Latif - Maha Halusi

32. Al-Khabir - Maha Waspada

33. Al-Halim - Maha Penyantun

34. Al-‘Azim - Maha Agong

35. Al-Ghafur - Maha Pengampun

36. Ash-Shakur - Maha Pengampun

37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya

38. Al-Kabir - Maha Besar

39. Al-Hafiz - Maha Pelindung

40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan

41. Al-Hasib - Maha Mencukupi

42. Aj-Jalil - Maha Luhur

43. Al-Karim - Maha Mulia

44. Ar-Raqib - Maha Pengawas

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan

46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya

47. Al-Hakim - Maha Bijaksana

48. Al-Wadud - Maha Pencinta

49. Al-Majid - Maha Mulia

50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan

51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan

52. Al-Haqq - Maha Benar

53. Al-Wakil - Maha Berserah

54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan

55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya

56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi

57. Al-Hamid - Maha Terpuji

58. Al-Muhsi - Maha Menghitung

59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula

60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan

61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan

62. Al-Mumit - Maha Mematikan

63. Al-Hayy - Maha Hidup

64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya

65. Al-Wajid - Maha Menemukan

66. Al-Majid - Maha Mulia

67. Al-Wahid - Maha Esa

68. As-Samad - Maha Diminta

69. Al-Qadir - Maha Kuasa

70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan

71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan

72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan

73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan

74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan

75. Az-Zahir - Maha Menyatakan

76. Al-Batin - Maha Tersembunyi

77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan

78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi

79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)

80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat

81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa

82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf

83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi

84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan

85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

86. Al-Muqsit - Maha Mengadili

87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan

88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan

90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak

91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya

92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat

93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya

94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk

95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan

96. Al-Baqi - Maha Kekal

97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi

98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana

99. As-Sabur - Maha Penyabar

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya


Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.


Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

/www.pekanrabu.com