Wednesday, November 23, 2011

Sekitar Isu Persepakatan Melayu



Saya tertarik untuk mengulas tulisan Iskandar Kamarul Amin yang disiarkan di http://www.malaysiakini.com/news/181922 pada 21 November 2011. Tulisan yang diajukan berkisar di sekitar persoalan kesatuan Melayu dan hubung kaitnya dengan kedaulatan Islam. Ada beberapa pandangan balas yang ingin saya berikan di dalam tulisan saya ini. Walau pun ia adalah pandangan seorang mahasiswa, tetapi saya yakin ia mewakili sekelompok belia yang berada di usia itu. Maka tulisan ini adalah pandangan yang saya tujukan kepada semua yang mempunyai tanggapan yang sama dengan pandangan saudara Iskandar berkenaan isu kesatuan Melayu.



1. Apabila disebut Melayu perlu bersatu, tidak semua rakyat Malaysia akan terfikir kepada penyatuan UMNO-PAS sahaja sebenarnya. Saudara Iskandar sepatutnya menyedari bahawa sesetengah pihak yang memperjuangkan persepakatan Melayu tidak menyempitkannya kepada penyatuan UMNO-PAS tetapi sebaliknya ia adalah agenda untuk ummah Melayu semua sekali. Penyatuan UMNO-PAS mempunyai kepentingan strategiknya yang tersendiri. Kedudukan kedua-duanya sebagai parti politik Melayu Islam yang besar sudah semestinya memberikan suatu kesan strategik kepada kedaulatan Islam. Tetapi kesatuan itu tidak akan pergi jauh tanpa penglibatan bangsa Melayu seramai mungkin. UMNO dan PAS tidak mewakili keseluruhan bangsa Melayu. Masih ramai orang Melayu di luar sana yang sebenarnya tidak cenderung kepada UMNO atau pun PAS. Mereka perlu diajak sekali untuk menjayakan kesepakatan ini. Jadi perbincangan itu sepatutnya dibawa melewati sempadan dua parti politik itu sahaja.



2. Ada beza di antara ‘bersatu’ dengan ‘sepakat’. Walau pun saudara Iskandar nampak tidak berminat untuk membezakan di antara dua istilah ini, tapi tulisan beliau jelas membawa maksud ‘penyatuan’ dan bukan setakat ‘persepakatan’. Penyatuan UMNO-PAS, bukan mudah untuk berlaku. Tetapi ‘kesepakatan’, itu tidak mustahil berlaku dan ia perlu diusahakan agar berlaku. Saya amat yakin kebanyakan pimpinan UMNO dan sebahagian pimpinan PAS mahukan persepakatan itu berlaku, tetapi mungkin ada pengaruh dari luar yang tidak mahukan kesepakatan itu berlaku. Manakala usaha menyatukan UMNO-PAS, rasanya kedua-dua pimpinan parti itu tidak serius untuk memikirkannya kerana ianya agak jauh untuk berlaku di dalam suasana dan percaturan politik sekarang. Dengan ini saya ingin mengajak saudara Iskandar agar balik kepada titik perbincangan yang sebenar (iaitu isu kesepakatan dan bukannya kesatuan) sebagaimana yang dibincangkan di dalam blog-blog dan laman-laman sosial.



3. Tulisan saudara Iskandar seolah-olah tidak mengalu-alukan perpaduan atau kesatuan atau persepakatan UMNO-PAS. Saya tidak pasti samada saudara Iskandar memang mewakili PAS atau pun saudara Iskandar adalah orang luar PAS yang memang tidak mahu kebaikan berlaku kepada PAS. Apa ruginya jika UMNO-PAS bersatu atau sepakat atau berpadu pada titik-titik tertentu? Imej PAS sebagai parti Islam tidak akan tercalar dengan korupsi dalam UMNO. Dasar perjuangan PAS juga tidak akan tersimpang hanya kerana beberapa noktah kerjasama dengan UMNO. PAS boleh menentukan apa yang perlu disepakati dan apa yang tidak perlu. Atau adakah saudara Iskandar rasa sebaliknya?



4. Saudara Iskandar juga dengan jelas kelihatan menjurus untuk menonjolkan keburukan UMNO semata-mata. Sedangkan al-Quran menuntut agar kemarahan kita kepada suatu kelompok manusia tidak menghalang kita memberikan persaksian secara adil kepada kelompok tersebut. Sebahagian beranggapan (mungkin saudara Iskandar pun termasuk sama) bahawa UMNO akan mati sendiri dengan segala korupsi yang dilakukannya. Jadi biarkanlah dia mati. Tetapi sedarkah saudara Iskandar bahawa ada ahli UMNO yang ikhlas berjuang untuk Islam dan bangsa di jabatan-jabatan kerajaan, di dalam badan-badan dan pertubuhan, di pentas akademik, di surau dan masjid, di persatuan penduduk dan sebagainya? Mereka ada kepakaran dan kekuatan yang boleh disalurkan untuk ummah. Apa format saudara Iskandar untuk mereka? Keluar UMNO dan masuk PAS? Berapa peratuskah dari mereka yang akan melakukan demikian? Sebahagian mereka lebih selesa dengan kedudukan mereka seperti sedia ada. Dengan itu format kesatuan atau kesepakatan UMNO-PAS dapat memelihara kekuatan itu dari terbiar tidak digunakan. Atau adakah saudara Iskandar memang berpendapat bahawa ahli-ahli UMNO yang ramai itu memang tidak diperlukan langsung untuk mendaulatkan Islam selagi mereka duduk di dalam UMNO?



5. ‘Kesepakatan UMNO-PAS lebih mendaulatkan Islam atau adakah Islam akan lebih berdaulat jika PAS dan UMNO tidak sepakat.’



Saudara Iskandar nampaknya berfikir dengan satu bentuk pemikiran yang unik apabila di awal penulisan beliau, beliau meletakkan persoalan tajuk ‘Berdaulatkah Islam apabila UMNO, PAS bersatu?’. Saya ingin mengajukan soalan balas ‘berdaulatkah Islam jika UMNO dan PAS tidak bersatu?’. Saya tidak pasti apa neraca yang digunakan oleh saudara Iskandar di dalam menganalisa isu ini sehingga sampai ke pernyataan demikian.



6. Saudara Iskandar juga nampak keliru di dalam mendefinasikan maksud kedaulatan Islam itu. Andaian yang dibuat oleh beliau samada ianya adalah isu murtad atau pentadbiran dan pengurusan atau keadilan untuk ummah atau sudut akhlak atau kerancakan amar ma’ruf nahi mungkar adalah andaian yang dipilih untuk menampakkan kelemahan UMNO. Mungkin juga dengan tujuan untuk menampakkan kesatuan UMNO-PAS itu tidak perlu kerana UMNO tidak cemerlang di dalam isu-isu ‘kedaulatan Islam’ yang dipilih itu. Lalu PAS boleh bergerak bersendirian untuk mendaulatkan Islam.



Kedaulatan Islam sepatutnya ditafsirkan dengan penafsiran yang luas seluas kesyumulan Islam itu sendiri. Islam sebagai agama negara, Islam sebagai sumber rujukan tertinggi, kepimpinan negara di tangan orang Islam, majoriti ahli parlimen yang merupakan penggubal dasar dari kalangan orang Islam, hak-hak muslim terpelihara, maruah Islam dan orang Islam terpelihara, orang bukan Islam memandang tinggi agama Islam dan begitulah seterusnya. Adakah UMNO sepanjang sejarahnya tidak pernah langsung memainkan peranan di dalam mendaulatkan Islam dalam ruang lingkup yang luas itu? Bukan untuk membela UMNO, tapi persoalan ini perlu dijawab oleh seorang mahasiswa dengan neraca ilmiah dan bukan berdasarkan emosi semata-mata. Metodologi ilmu di dalam penilaian mesti berdasarkan angka dan fakta yang menyeluruh bukan ambil satu kes di negeri ini dan satu lagi kes di negeri itu sahaja.



Demikianlah pandangan balas saya terhadap tulisan saudara Iskandar itu. Pada saya isu kesepakatan Melayu adalah isu utama pada masa ini. Pergolakan yang berlaku di dalam negara sekarang menjadikannya isu yang amat utama dan amat penting. Kesepakatan itu pula adalah dalam ruang lingkupnya yang luas dan tidak terbatas hanya di dalam sempadan pakatan parti-parti politik sahaja.



Wallahu a’lam.



Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni

Naib Presiden II

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

Email: mfauzi71@gmail.com

Tuesday, November 15, 2011

Politik Luar

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Mungkin anda masih ingat lagi UKM 4? bagaimana kes mereka dalam pilihan raya di Parlimen Hulu Selangor sehingga membawa kepada keputusan mahkamah untuk berpihak kepada mereka sekaligus Mahkamah telah memutuskan apa yang sepatutnya di dalam hal yang berkaitan Seksyen 15 AUKU baru baru ini. pihak TSB sangat menghormati keputusan Mahkahmah.

Dalam hal ini kita akan membincangkan kewajaran bagi mahasiswa untuk berpolitik di luar kampus. adakah Mahasiswa wajar untuk berpolitik? sudah bersediakah Mahasiswa pada era ini untuk berpolitik di luar kampus? Jawapannya YA!!.. namun begitu keputusan untuk berpolitik di luar kampus adalah terletak pada kemahuan mahasiswa itu sendiri untuk mengikuti arus perkembangan politik negara. namun, yang bagaimana? adakah dengan menyertai parti-parti politik di luar sana itu sudah dikira sebagai satu bentuk politik luar kampus yang mereka inginkan? jikalau dilihat secara kasarnya masih ramai lagi mahasiswa yang ambil tidak kisah dengan keadaan yang berlaku di peringkat nasional. Hanya segelinti sahaja yang sangat berkeinginan untuk keluar berpolitik.

Bagi TSB, menyertai politik di luar kampus bukan bermakna mahasiswa perlu untuk menyertai mana-mana parti politik diluar ataupun memberikan sokongan kepada parti-parti tertentu. Dalam Konteks ini, TSB berpendapat, Mahasiswa seharusnya mempunyai idealisma sendiri tanpa perlu menjadi balaci kepada parti politik luar. Mahasiswa perlu ada pendirian. Bukannya mengikut rentak kegiatan parti politk malaysia yang di lihat semakin hari semakin teruk keadaannya.

Mahasiswa Perlu berada di STAND yang bebas, bersuara dengan lantang, memberi pandangan dan idea mengenai dasar-dasar kerajaan dan bukannya hanya sekadar tahu mengkritik tanpa ada rasa tanggungjawab kepada masyarakat. Jikalau ini yang berlaku, TSB yakin, Idealisme ini akan menyakinkan masyarakat di luar sana bahawa Mahasiswa ini memang perlu untuk berpolitik di luar kampus, Kerana sumbangan idea dan pendapat itulah yang diperlukan oleh masyarakat dan bukannya menjadi balaci kepada mana-mana parti politik.

Dalam isu-isu semasa, Mahasiswa seharusnya memberikan pandangan yang lebih neutral dan bukannya memilih satu-satu isu untuk diutarakan mengikut kepentingan mereka. hal-hal sebegini sering berlaku pada hari ini. Misalnya, dalam Kes "Seksualiti Merdeka" bila mana pengerusi "BERSIH" mengatakan bersetuju dengan pengajuran tersebut adakah mahasiswa yang sebelum ini lantang menyokong bersih beralih untuk menentang Ambiga? dimana suara-suara ideal Mahasiswa? di mana dia Suara-suara lantang yang bersuara bilamana Bajet 2012 itu dibentangkan? seharusnya mahasiswa harus optimis dan lebih terbuka dan bukannya Jumud kepada mana-mana individu. adakah ini acuan politik Luar kampus yang ingin dibawa oleh Mahasiswa? kalau beginilah lebih baik berpolitk sahaj di dalam kampus. sedangkan di dalam kampus pun tidak Matang apa lagi ingin berpolitik dengan masyarakat diluar.




Dengan bebasnya Mahasiswa untuk keluar berpolitik dengan ini, tiada lagi politik-politk luar yang akan masuk ke kampus..




Perpaduan Asas Keharmonian

Wednesday, November 2, 2011

MITOS PERIBUMI MALAS: KONSEP KERAJINAN DAN KEMALASAN DIKALANGAN ORANG MELAYU



Assalamualaikum..

TSB membawakan sebuah karya yang menarik untuk dibaca oleh mahasiswa terutamanya mahasiswa melayu.. Karya Syed Hussein Al-Attas "MITOS PERIBUMI MALAS"
Buku ini banyak terdapat di Perpustakaan Tun Sri Lanang
No Rujukan: DS 595.2.M3.A77154.n.5


Para penulis kolonial Eropah senang sekali membicarakan peristiwa sensasi tentang kehidupan peribumi sebagai sebahagian daripada berbagai-bagai usaha mereka untuk menggambarkan sifat masyarakat peribumi. Dalam hal ini, ilmuan kolonial amatur yang cenderung membuat berbagai-bagai penilaian yang tidak berasas tentang masyarakat peribumi, sejarah, kebudayaan dan agamanya. Contohnya pernyataan Raffles yang tanpa bukti menganggap Islam alat pemecahbelah persatuan suku Melayu. Ia menganggap masyarakat Melayu dahulu tentulah satu bangsa, berbicara satu bahasa memelihara watak dan adat istiadat mereka semua negara kepulauan yang mencakupi Filipina, Sumatera dan Irian Barat. Disini menurut beliau agama Hindu dan Islam menyababkan kepelbagaian yang lebih jauh kesanya mengakibatkan tidak ada sistem undang-undang yang diterapkan dengan baik dan seragam. Dalam hal ini jika raffles benar-benar seorang ilmuan sejati, sudah tentu ia dapat membizakan perbezaan suku, bahasa , politik dan agama masyarakat melayutelah ada jauh sebelum pengislaman daerah tersebut.

Sebaliknya Islam melakukan penyatuan yang mennakjubkan, baik secara politik mahupun menurut Islam. Di Filipina, Malaysia dan Indonesia, Islam telah berfungsi sebagai alat yang menyatukan masyaraklat di wilayah tersebut yang sebelumnya telah terbahagi kepad beberapa golongan kenyataannya, Islamlah yang pertama kali menerapan sistem indang-undang bersama. Nyatanya disini pernyataan raffles terhadap Islam dibuat berdasarkan ketidaktahuan tentang kenyataan dan sikap intipati terhadapnya.
Daripada tinjauan yang dibuat didapati bahawa ilmuan eropah kolonial nyatanya terlalu asyik untuk menonjolkan sifat buruk dikalangan penguasa peribumi. Kenyataan ini jelasnya terbukti apabial perlakuakn beberapa Raja yang zalim di daerah ini sering disebut-sebut dan diungkapkan contohnya Susuhunan Mataram, Aangkurat I, yang menggantikan ayahnya tahun 1646, menghukum mati komanden pengawal ayahnya dan seluruh keluarganya.seterusnya Masden pula menguisahkan kekejaman Iskandar Muda, Sultan acheh yang mangkat pada tahun 1636 dan yang menyumbat ibunya sendiri dalam penjara dengan tujuan berkomplot, dan menganiayanya. Ia membunuh anak saudaranya dan lain-lain lagi.

Semua peristiwa ini dicatat. Tetapi, apa yang telah dikerjakan oleh para ilmuan kolonial Eropah adalah penggambaran yang seimabang tentang para penguasa peribumi secara keseluruhan dan juga gambaran yang sama tentang para pengasa kolonial mereka sediri. Kezaliman, penindasan dan ketidak adilan bebepara penguasa ini disembunyikan daripada perbahasan mereka sedangkan hal pengasa peribumi digembar-gemburkan. Nyatanya disini bahawa semua peristiwa diungkap dalam penafsiran yang berat sebelah.
Gambaran tentang masyarakat peribumi dan para penguasa yang dicipta oleh ahli sejarahwan dan mengamat kolonial dapat dianggap kezaliman , ketidakstabilan, anarki, keterbelakangan, dan ketiada undang-undang dalam konteks ini ada suatu unsur kebenaran didalamnya, tetapi tidak mewakili seluruh gambaran. Lagi pula, kolonialisme barat juga memperkenalkan bentuknya sendiri tentang kezaliman, ketidakstabilan, anarki, kemundurran dan tidak adanya undang-undang. Dalam masyarakat peribumi undang-undang sedikit sebanyak dikuatkuasakan ada bagi sebahagian besar penduduk, meskipun kadang-kadang ada penguasa yang zalim dan bermaharajalela. Namun hal yang sama jua terjadi dibawah kekuasaan kolonial Eroopah.

Ini terbukti dengan gelagat tuan Bean, seorang pegawai kanan Inggeris yang dikirimkan ke Melaka. Sebagai komander pasukan tentera India. Perlakuannya yang dianggap kejam serta tidak bermoral telah dilukiskan oleh Abdullah Abdul Kadir Munsyi (1797-1854) disini ia menyaksikan perlakuan Tuan Bean seperti ia banyak menghabiskan masanya dengan menyaksikan aliran darah manusia”. Selain itu dia juga suka mencolek anak-anak tempatan dengan membawa mereka berpasang-pasangan dan memaksa mereka bergaduh dan bertumbuk hingga kesakitan. Namun terdapat banyak sekali perlakuanya yang tidak bermoral., tetapi dalam konteks ini Abdullah cukp bistari dan menyaring penilaian tentang watak orang Inggeris ini, dengan tidak menganggapnya sebagai watak seluruh orang Inggeris. Menurut Abdullah Abdul Kadir Munsyi khususnya Raflles kerana ia sangat memuji pemerintahan Inggeris. Oleh sebab itu pada pandangan Abdullah, inilah antara puncanya ang menyebabkan mengapa para ilmuan kolonial Inggeris sanggup menyebarkan karyanya dengan melebalkan masyarakat peribumi melayu sebagai pemalas. Namun, dengan tegasnya Abdullah menyatakan bahawa sifat-sifat malas, kejam, zalim, tiada undang-undang, periompakanm, pembunuhan dan perompakan jelas terdapat dalam kelompok penguasa kolonial, dengan ini begitu jga halnya di kalangan kelompok penguasa peribumi.

Seterusnya, dalam perbincangan ini juga tuduhan malas bagi penduduk peribumi oleh orang Belanda, Sepanyol dan inggeris, seperti yang telah diperlihatkan itu tidak mempunyai alasan yang nyata. Dalam konteks ini para penguasa peribumi tidak pernah mengecap malas masyarakat mereka, sekalipun beberapa diantaranya hanya canquistodores kolonial. Alasanya bahawa mereka sedar akan sistem peribumi, yang sangat ketekunan dan kerja. Begitu juga catatan sejarah yang menekankan nilai kerja dan ketekunan jarang ditemui. Kerana kebanyakan nilai ini disebarkan secara lisan, dan kerana kemalasan belum pernah dirasai sebagai suatu masalah dalam masyarakat peribumi sebelum kolonial. Sebagai contoh untuk penubuhan ialah undang-undang sungai Ujung dimana undang-undang merupakan intisari hukum adat Sungai Ujung Negeri Sembilan yang penduduknya berasal dari masyarakat Minangkabau, Sumatera. Dalam konteks ini daripada undang-undang tersebt melalui fasal 113 ada menenkankan niali kerja dan ketekunan. Melalui fasal 99 digolongkan akan kejahatan ke dalam adu ayam dan perjudian, minm-minum, menghisap candu, kemalasan dan menghindari pekerjaan. Landasan falsafajh daripada intisari ini merupakan perpaduaj antara islam dan adat iaiatu hukum adat, sebelum abad ke-16, jika tidak lebih awal lagi naskhah yang ditulis ini bermula dari abad ke-18. Namun yang menjadi persoalan dan diluar dugaan disini ialah bahawa naskhah tersebut dirum,uskan dalam tempoh sebelum kedatangan kolonial.

Sehubungan itu, pada dasarnya nilai-nilai yang diketengahkan oleh undang-undang tersebut adalah hal yang biasa bagi dunia Melayu dimana masyarakat Melayu sangat mencela kemalasan. Begitu juga dalam masyarakat Melayu adalah suatu keaiaiban apabila dikatakan pemalas, sehingga mereka mengatakan bahawa seorang yang dapat menundukkan kegemaran malasnya adalah seorang yang berani. Namun dalam hal ini Abdullah menghubungkan kemalasan orang-orang Melayu dengan Penguasa Melayu dan hamba raja. Abdullah mencatatkan bahawa kemalasan lelaki Melayu di Pahang, Kelantan dan Terengganu dikaitkan dengan kehidupan mereka yang penuh ketakutan terhadap penguasa mereka. Ketiadaan undang-undang dari majlis pemerintah telah menghasilkan kemalasan dan menghilangkan dorongan untuk bekerja serta mengumpul kekayaan. Dalam hal ini punca kemalasan adalah akibat dari tekanan dan kekejaman para Raja dan tokoh penting itu. Penduduk berasa tidak berguna untuk bekerja keras dan memungut keuntungan yang kemudiannya akan dirampas. Sebaliknya mereka lebih senang hidup dalam kemiskinan dan menderita.

Disini Abdullah menjelaskan mengenai penganiayaan itu secara terperinci, dimana rakyat yang mempunyai rumah yang besar, ladang atau tanah beberap petak sahaja maka Raja pasti menghubunginya. Diceritakan bahawa Raja sering meminta dan meminjam pada orang tersebut dan jika orang itu menolak permintaan Raja tersebut maka raja akan merampas kekayaan mereka. Namun apa yang menyedihkan disini ialah raja tidak pernah membayar kembali setiap apa yang diminta itu. Dalam hubungan ini lebih buruk lagi sekiranya orang itu melawan maka orang tersebut akan dibunuh atau didenda. Jelaslah disini bahawa daripada gambaran peribumi ini maka tidak hairanlah timbul rasa tidak puas yang akhirnya melahirkan tindakan dimana rakyat tidak mahu berusaha dan bekerja untuk mencari harta. Ini memandangkan harta yang dikumpul itu sudah pasti tidak memberi sebarang keuntungan kepada mereka. Sebaliknya Raja yang bertindak menguasai harta mereka. Daripada kenyataan ini dapatlah dikatakan bahawa kemalasan orang Melayu itu adalah merupakan satu mitos sebaliknya pada hakikatnya bukan hanya orang Melayu sahaja akan bertindak sedemikian sebaliknya semua bangsa dan berkeadaan demikian apabila situasi demikian berlaku ke atas mereka.

Tuesday, November 1, 2011

Perkara yang anda perlu risau


* Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
* Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
* Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
* Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
* Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
* Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
* Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
* Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
* Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
* Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
* Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
* Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
* Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
* Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Sunday, October 30, 2011

Hiburan Berlebihan Budaya Siapa?




1. Isu hiburan di dalam Islam sudah banyak dikupas oleh ramai ulamak. Dr Yusuf al-Qardhawi ada menulis buku khas tentang isu hiburan di dalam Islam. Beliau juga ada mengulas di dalam bukunya Malamih Mujtama; Muslim. Dr Abd Karim Zaidan menulis tentang hiburan di dalam jilid ke 4 bukunya Al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah. Dr Abdullah Naseh Ulwan ada juga menghuraikan isu hiburan ini di dalam mukadimah lirik koleksi nasyid Abu al-Jud. Ini antara tulisan terbaik di dalam isu ini yang saya jumpa. Dan tentunya banyak lagi tulisan yang baik yang saya tak jumpa, tersebar luas di dalam dunia penulisan Islam. Saya tidaklah merujuk kembali kepada buku-buku itu untuk menulis entry ini, kerana isu ini tidaklah susah sangat untuk difahami.

2. Hiburan yang diharamkan adalah yang berlawanan dengan batas syarak seperti percampuran lelaki perempuan, disertai arak, tarian yang mengghairahkan, ayat-ayat yang mengandungi unsur lucah, membawa kepada kelalaian sehingga terabai perkara-perkara fardhu dan begitulah seterusnya. Isu muzik dan suara wanita; ini adalah perkara khilaf yang juga sudah banyak diperbincangkan ulamak. Begitu juga isu paparan gambar-gambar wanita jelita yang menutup aurat. Selagi mana ianya khilaf, maka terpulanglah kepada masing-masing untuk menilai dan mentarjih.

3. Jika hiburan itu dapat dikawal sehingga ianya benar-benar menepati syarak, ia masuk di dalam kategori perkara harus (mubah). Perkara harus tidaklah harus secara mutlak. Imam Muhammad Abu Zuhroh misalnya meletakkan bahawa perkara yang harus tidak boleh ditinggalkan secara mutlak dan juga tidak boleh dilakukan berterusan secara mutlak. Tidak harus seseorang untuk meninggalkan makan minum secara mutlak kerana ia akan membawa kepada kemusnahan jiwa. Tidak boleh juga berhiburan secara berterusan siang dan malam kerana ia akan membawa kepada terabai perkara-perkara fardhu.

4. Islam tidak menolak hiburan tetapi sebaliknya meletakkannya pada posisinya yang tobie, iaitu sebagai tahsiniat di dalam kehidupan. Dikawal dengan kawalan tertentu agar ia tidak memusnahkan perkara-perkara dhoruriat di dalam syariat.

5. Hiburan di negara kita sudah melebihi saiz dan dos yang dibenarkan oleh syariat. Suasana dalaman rumah yang dikuasai oleh tv dan siaran radio, budaya berhibur sehingga melebihi lewat malam, kandungan siaran tv dan isi kandung perbualan di radio, cerita-cerita dan gosip di dalam media cetak dan lain-lain lagi menjadi bukti kepada apa yang saya sebutkan ini. Apabila ia sudah melebihi tahap, maka natijah dari itu adalah pengabaian banyak kefardhuan, tanggungjawab, perlanggaran hak dan sifat-sifat negatif yang mendarah daging di dalam diri individu muslim.

6. Mengawal hiburan adalah tanggungjawab semua pihak; kerajaan, pembangkang, ngo, parti, pertubuhan Islam, jawatankuasa penduduk, jawatankuasa surau, penghulu, majikan, ibu bapa dan setiap individu. Islam mempunyai budayanya yang tersendiri, dan setiap orang Islam bertanggungjawab untuk mengekalkan budaya tersebut.

7. Apabila isu hiburan ini dipolitikkan, yang ruginya adalah orang Islam. Apabila kerajaan negeri Kedah membuat keputusan menutup pusat hiburan selama sebulan di dalam bulan Ramadhan, umat Islam sepatutnya bersatu untuk menyokongnya kerana ia adalah jalan yang akan meningkatkan pembudayaan Islam di dalam negeri. Sekarang dipaparkan pula kerajaan Melaka membenarkan15 pusat hiburan dibuka sehingga jam 3 pagi hari Jumaat-Ahad, maka sekali lagi umat Islam patut bersatu untuk menghalangnya.

8. Jika ada yang mengatakan bahawa itu hak bukan Islam, maka ia perlu dibenarkan kepada mereka; pandangan saya, perkara ini perlu dilihat melalui dua perspektif:

a. Islam adalah agama negara ini. Hak ini diberikan oleh perlembagaan dan juga dari segi sejarah negara ini sendiri. Budaya yang mesti dominan adalah budaya Islam. Hiburan akan dikawal berdasarkan budaya Islam tersebut. Dengan itu jadual tutup buka pusat hiburan, iklan, barang jualan dan sebagainya sepatutnya disusun ke arah mengekalkan budaya Islam tersebut dan bukan mengubahnya. Budaya yang asing dari budaya Islam tidak sepatutnya kelihatan secara nyata di dalam kehidupan zahir masyarakat.

b. Orang bukan Islam sendiri tidak semuanya suka hiburan yang berlebihan itu. Barat sendiri yang merupakan kiblat mereka sudah mula meletakkan disiplin tertentu kepada isu hiburan di negara mereka. Mereka sudah keletihan melayan orang mabuk yang tersilap masuk rumah, muntah-muntah di laluan pejalan kaki, pemandu teksi yang merungut kerana dipaksa untuk bekerja sehingga lewat malam demi pemabuk yang mahu pulang ke rumah, kes-kes kecurangan suami isteri, anak-anak luar nikah yang menuntut hak secara tiba-tiba, jenayah rogol yang tidak boleh dikawal, kadar kemurungan yang tinggi, pengambilan dadah yang sudah tidak boleh dikawal, anak-anak yang liar dan ketagihan arak yang membawa kepada penyakit yang pelbagai.

9. Apabila kita bercakap tentang larangan dan kawalan hiburan, selain sistem dan penguatkasaan undang-undang, kita juga bercakap tentang pembudayaan. Tetapi, sudah pasti bahawa pembudayaan bukan satu perkara yang mudah. Pembudayaan adalah projek jangka masa panjang yang hanya akan dilihat hasilnya dengan perubahan generasi demi generasi. Sikap kita hari ini akan menentukan apakah budaya yang akan muncul nanti dalam masyarakat.

10. Akhirnya saya menyeru kepada semua terutamanya pihak berwajib dan berpengaruh di dalam masyarakat dan negara agar mengambil langkah yang betul di dalam isu hiburan di negara kita ini.

Wallahu al-Musta’an

Ustaz Fauzi Asmuni

Friday, October 28, 2011

Aspirasi

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

sudah dua bulan berlalu semester pertama bagi sesi 2011/2012, berbagai perkara telah berlaku disekitar UKM dan ada sesetengahnya membawa isu yang hangat seperti Isu Konsert Pesta konvokesyen, Isu kenaikan Harga Yuran, Isu Perang Dectar dan bermacam lagi isu yang akhirnya berlalu begitu sahaja.

Pada Posting kali ini, TSB sangat tertarik dengan satu Post yang dikeluarkan oleh En. Anuar Ahmad dalam blognya iaitu Elok Bubarkan Sahaja Aspirasi dan Beri Pula Laluan Pada TSB dan TSB menyambut baik cadangan tersebut namun dalam masa yang sama TSB memberi peluang kepada Aspirasi bagi mereka menguatkan semula Jentera dan barisan kepimpinan mereka.

Sejarah membuktikan kemenangan Aspirasi dalam lapan pilihan raya kampus yang bermula dari tahun 2003 adalah diilhamkan oleh TSB. kewujudan Aspirasi itu sendiri adalah lahir daripada pemimpin-pemimpin TSB terdahulu yang mahukan satu anjakan paradigma baru dalam gerakan mahasiswa era millenium. namun begitu, adakah pendokong-pendokong Aspirasi seterusnya itu meneruskan apa yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang terdahulu. Mahasiswa perlu tahu tanpa TSB Aspirasi tidak akan mampu bertahan terutamanya dalam Pilihan raya Kampus sepanjang Kewujudan Aspirasi. TSB adalah jentera yang menggerakkan Aspirasi.

Sebelum ini, TSB sudah memberikan kritikan dan pandangan selepas kekalahan Aspirasi selepas lapan tahun memerintah, namun sehingga ke hari ini masih tidak dapat dilihat satu anjakan baru bagi mengembalikan semula kepercayaan Mahasiswa kepada Aspirasi. Malah GMUKM dilihat lebih drastik dengan tindakan membuat sebuah Group di Facebook bagi menarik Mahasiswa tahun satu sebelum pendaftaran bermula lagi.

kalau dilihat dari segi penganjuran program-program Aspirasi dilihat semakin jauh ketinggalan berbanding dengan GMUKM pada tahun ini. walaupun GMUKM menggunakan ISIUKM sebagai platform untuk melaksanakan program, namun Mahasiswa tetap memberi kredit kepada GMUKM kerana mereka adalah entiti yang sama. program-program yang dihasilkan mereka adalah pelbagai dan adakalanya berbentuk keintelektualan dan ianya menunjukkan bahawa Aspirasi sangat jauh ketinggalan di belakang. Mungkin Aspirasi boleh menggunakan program-program Kolej sebagai platform kerana kebanyakan Jaksa adalah terdiri daripada ahliahli Aspirasi dan penubuhan Aspirasi peringkat Kolej dilihat sebagai tulang belakang kepada setiap program yang dianjurkan oleh Jaksa. kenapa Aspirasi tidak mengambil peluang?

bagaimana dengan isu-isu nasional? adakah Aspirasi sebagai sebuah pergerakan mahasiswa yang dihormati itu peka dengan isu-isu seperti bajet 2012 yang dibentangkan? dimana pendiriran Aspirasi dalam isu-isu tertentu? Aspirasi semakin kurang peka dengan isu-isu nasional seperti beranggapan ianya tidak penting, Aspirasi seharusnya lantang menyuarakan pandangan dan pendapat bagi bersama-sama masyarakat untuk membangunkan negara. walaupun ianya dilihat remeh namun ianya memperlihatkan keintelektualan Aspirasi kerana mereka sangat cakna kepada isu-isu semasa.

dalam konteks kebajikan, walaupun tahun ini, Aspirasi bukan lagi penghuni pejabat PMUKM namun, MPP Aspirasi harus lebih aktif dan konsisten dalam melakukan dan mengetengahkan isu-isu kebajikan kepada Mahasiswa. bilangan 15 orang MPP dilihat adalah lebih daripada cukup untuk membentuk sebuah jawatankuasa untuk melaksanakan tugas-tugas kebajikan. dalam hal ini, kerjasama antara MPP dan Jentera dan ahli Aspirasi adalah sangat perlu dalam menjalankan gerak kerja. dengan adanya kerjasama ini tidak akan timbul isu yang "Aspirasi Hanya wujud dalam PRK". dan satu yang perlu diingatkan kegagalan MPP GMUKM untuk membawa satu isu kebajikan tidak seharusnya dijadikan satu isu untuk dihentam, sebaliknya Aspirasi Haruslah mengambil peluang kepada keadaan tersebut untuk cuba menyelesaikan kerana saf kepimpinan Aspirasi terdiri daripada berbilang kaum dan dilihat ianya lebih kuat. Namun begitu, adakah ianya pernah dilakukan oleh Aspirasi semenjak kekalahan mereka?

Adakah TSB perlu kembali memipin gerakan Pelajar? kritikan TSB bukan untuk menjatuhkan Aspirasi tapi sebaliknya untuk memberi kesedaran semula kepada Aspirasi kerana Aspirasi dilahirkan oleh TSB dan perjuangannya adalah ditunjangi oleh ahli-ahli TSB. Dalam Hal ini, Muhasabah diri adalah perlu bagi meneruskan perjuangan. TINDAKAN SISWA BERSATU tidak pernah mati.

Perpaduan Asas Keharmonian

Kenapa Kita Perlu Risau Sekarang

Ingin saya kongsikan dengan pembaca apa yang saya rasai sekarang ini. Perasaan ini mungkin telah pun dikongsi bersama oleh ramai yang lain kerana kelihatannya ramai juga yang menulis meluahkan perasaan yang sama. Apabila ramai yang rasa begitu, saya makin yakin bahawa kita sememangnya perlu betul-betul risau sekarang ini.

Pertamanya; saya rasa ahli politik Melayu Muslim kita telah terlajak banyak dan agak jauh. Usaha jatuh menjatuh sudah menjadi suatu yang tidak lagi ada disiplin dan peraturan. Pertarungan menjadi tidak ketahuan natijah. Yang menang yang kalah, kedua-duanya akan rugi. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Maqasid syarak jadi mainan mulut, video seks jadi bahan tonton percuma, maruah peribadi menjadi bahan jenaka, agenda kumpulan dikecilkan menjadi agenda peribadi, rakyat dibakar dengan semangat tanpa bimbingan ilmu, maklumat betul atau salah tidak lagi menjadi perkiraan, yang berkuasa makin rakus mengambil peluang dari sisa kuasa yang berbaki, yang ingin merebut kuasa tidak pula kelihatan bersedia ….

Keduanya; kita seolah-olah tidak peka dengan agenda bukan Islam. Kita lupa sejarah mereka, kita lupa falsafah perjuangan mereka, kita lupa tabiat dan sikap mereka. Mereka konsisten, tapi kita menyangka bahawa mereka telah berubah. Lidah tutur setiap parti dan pertubuhan mereka sama; walau pun duduk di kem yang berbeza. Sedikit persamaan cita-cita kita dengan mereka melupakan kita pada perbezaan yang banyak di antara kita dan mereka.

Ketiga dan terakhir buat kali ini; yang lebih membimbangkan saya adalah ramai orang Islam tidak tahu mereka nak apa ……

Ustaz Fauzi Asmuni

Thursday, October 27, 2011

Perjuangan Negeri Melayu Untuk Orang Melayu Eipsod 1


Pengkajian mengenai sejarah keberlansungan negara Malaysia dapat dilihat dalam pelbagai sudut yang mempunyai pengertian dan singkapan yang tersendiri. Sesuatu yang jelas ialah mengenai keistimewaan orang melayu sebagai penduduk pribumi negara ini. Melayu dapat didefinisikan sebagai sebagai penduduk peribumi yang bercakap di dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat istiadat Melayu. Tetapi dari segi definisi budaya, Melayu itu merangkumi seluruh penduduk peribumi di Dunia Melayu, iaitu penduduk serumpun tanpa mengambil kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut.

walau apa pun konsep yang diketengahkan mengenai konsep melayu di negara ini, namum kaum melayu merupakan penduduk pribumi negara ini dan seharusnya hak dan keistimewaan yang diterima tidak harus dipertikaikan. Hal ini selaras dengan konsep kontrak sosial dimana kesediaan kaum melayu untuk menerima kehadiran kaum lain di negara ini.

Namun persoalan yang telah tercatat dalam sejarah melayu, kaum-kaum imigran ini telah menuntut sesuatu hak yang bukan termaktub di dalam perundangan Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Tuntutan kaum bukan melayu ini semakin jelas selepas perang dunia kedua iaitu sekitar tahun 1945. Antara perkara utama yang menjadi isu pada masa tersebut iaitu berkaitan dengan hak kewarganegaraan serta beberapa perkara dalam bidang ekonomi dan sosial. Keadaan ini merupakan ancaman secara halus kepada penduduk di Tanah Melayu terutamanya kepada masyarakat melayu.

Persoalan kepada perbicangan ini adakah perjuangan untuk menubuhkan sebuah negeri melayu untuk orang melayu itu terhasil dan penentangan orang-orang bukan melayu dengan perjuangan mereka menuntut hak dan keistimewaan mereka serta perjuangan golongan-golongan kiri dalam membentuk sebuah negera bangsa malaysia. Nantikan bahagian seterusnya.

Monday, October 24, 2011

Reminiscences of Abang Besar of Libya




Dalam surat-surat terakhirnya kepada Commandante Che Guevara, Yang Teramat Mulia Dr. Fidel Castro seringkali memujuk mengajaknya kembali ke Cuba. Ketika menulis surat-surat tersebut, Fidel menyebut tentang kestabilan Cuba yang mereka perolehi sesudah revolusi. Celia Sanchez menyentuh tentang romantisme revolusi itu sendiri, dan bagaimana pendukung revolusi itu perlu meneruskan legasi yang terbentuk bagi menjaminnya terus hidup. Namun Che Guevara ialah seorang revolusioner, yang tegas bahawa seorang revolusioner perlu berjuang, bukan sekadar mentadbir meneruskan legasi sebuah revolusi yang sudah terbentuk. Itu kerja sebahagian besarnya dimonopoli orang politik.

Pada 19 Januari 2009, ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Benghazi, Libya, imej pegun paling kukuh dalam ingatan gua adalah imej Kolonel Muammar Gaddhafi. Selain itu, lapangan terbang Benghazi, dihiasi dengan bangkai-bangkai kapal terbang, kereta kebal dan kubu-kubu tentera (bunkers) yang menyebabkan bulu roma gua sedikit meremang. Suasana Argentina ketika Ongania dan Chile ketika Pinochet sentiasa bermain dalam kepala hotak gua.

Suasana Libya, yang disurahkan kepada gua sebelum ke sana, adalah mirip Syria ketika Assad (bapa) memerintah. Tahun 1996, pertama kali ke Syria, adalah pengalaman yang sangat tidak menyeronokkan. Gambar kepala Assad (plague) yang menyerupai sisi Queen Elizabeth pada wang syiling British, wujud di setiap 360 darjah pemandangan. Perjalanan terasa bagaikan diperhati, pergerakan rasa bagaikan diekori, dan sebaik melepasi sempadan untuk ke Turki, hati rasa lega bagaikan baru lepas kena interview dengan pak mertua ketika kali pertama bertemu.

Tapi Benghazi adalah dunia yang berbeza. Warganya tidak langsung bimbang untuk mengkritik Gaddhafi. Mungkin pada mereka Gaddhafi berada 1200 kilometer nun di Tripoli, rasa bimbang tidaklah begitu hebat. Namun masih dalam berhati-hati, kerana para soldadu, mukhabarat dan polis rahsia sentiasa menjadi mata dan telinga. Beruntung, kerana gua sampai di Libya pada tahun 2009, bukannya ketika era embargo, saat ahli keluarga boleh menjadi tali barut pemerintah, saat isteri boleh menghantar suami ke penjara rahsia dengan hanya satu panggilan dan dibalas ganjaran wang, saat anak boleh menyebabkan ibu-bapa diheret polis rahsia hanya untuk merebut harta pusaka.

Libya pada 2009 sudah sangat terbuka. Pelabur luar sudah mengerumun untuk mengaut kekayaan minyak Libya. Dasar Gaddhafi juga sudah sedikit berubah. Selepas 40 tahun revolusi, Gaddhafi tahu bahawa hari-hari akhirnya semakin hampir. Saiful Islam lebih banyak memainkan peranan pentadbiran, menjadi penghubung untuk negara-negara Eropah, menjadi pemikir untuk menarik pelabur. Namun, The Leader masih lagi kuasa tunggal dan mutlak. Mana mungkin bangsa Arab diperintah oleh demokrasi, buktikan!

Pembangunan di Libya sangat pantas. Dengan rizab minyak yang paling besar di Afrika, dan kesepuluh terbesar dunia, duit bukanlah satu masalah, pada ketika warganya cuma berjumlah sekitar 6 juta orang. Rumah-rumah kediaman didirikan di segenap pelusuk negara. Dari bandar besar di Tripoli dan Benghazi, sehinggalah pekan-pekan kecil di Nalut dan Beyda, rumah-rumah kediaman dibina sebesar saiz rumah Semi-D kebanggaan rakyat Bolehland. Dan sebahagian besar rumah kediaman diberikan secara percuma. Tanpa sebarang bayaran. Bahkan pemuda yang berkahwin, yang mengikut skim bantuan kerajaan, akan menerima sebuah rumah, kereta dan wang sara hidup pada awal perkahwinan.

Pendidikan di Libya adalah percuma. Tanya sahaja kepada mereka yang belajar di Libya dan menerima biasiswa selama pengajian di sana. Mereka menerima penempatan, wang saku dan tiada bayaran yuran pengajian. Itu untuk warga luar, apatah lagi untuk anak bangsa mereka sendiri. Lihatlah bagaimana mewahnya kehidupan pelajar Libya di Kuala Lumpur yang menerima sekitar 5-7 ribu sebulan duit biasiswa kerajaan. Lihatlah bagaimana meriahnya kedutaan Libya satu ketika dahulu setiap awal bulan, ketika mereka beratur untuk mengambil habuan masing-masing.

Kebanyakan hospital di Libya adalah percuma. Ketika era embargo, para doctor dan jururawat kesemuanya didatangkan dari negara blok kiri. Bahkan sehingga ke hari ini, kebanyakan hospital kerajaan masih lagi menggaji para doctor dan jururawat luar. Bahkan hospital-hospital kebanyakannya dinamakan mengikut kerakyatan doctor dan jururawat dominan di hospital itu sendiri. Ada hospital Bulgaria, hospital Malta, hospital Rusia dan sebagainya. Lebih menarik, kerajaan mendirikan hospital-hospital pakar dan sangat sedikit hospital umum. Jika tangan patah terus sahaja ke hospital pakar tulang, untuk kanak-kanak sudah tersedia hospital pakar pediatric dan seterusnya. Dalam radius 20km di Tripoli sahaja ada dua hospital pakar tulang, bukti warga Libya memang kerap patah kaki dan tangan.

Di sebalik pembangunan yang sangat pesat, khususnya di Tripoli, Gaddhafi sentiasa mengawal perkembangan ekonomi yang diterajui oleh Saiful Islam. Gaddhafi tidak mahu Libya menjadi seperti Dubai, yang akhirnya didominasi oleh warga asing. Gaddhafi tetap mahu Libya diterajui oleh warga Libya sendiri. Syarikat asing yang melabur diwajibkan membuat JV dengan syarikat tempatan. Setiap seorang pekerja luar yang dibawa masuk, mestilah dalam tempoh lima tahun mampu mencurahkan kepakarannya kepada 5 orang warga tempatan. Urusniaga kadangkala menjadi terlalu sukar kerana pelbagai kekangan birokrasi, yang rupanya bertujuan untuk mengawal ekonomi negara. Untuk mendapatkan bayaran bagi sebuah projek, adakalanya mengambil masa sehingga setahun, sesudah mendapat kelulusan pelbagai peringkat, selepas mendapat kepastian pakar-pakar yang diupah dari luar dan mendapat lampu hijau kewangan daripada People’s Congress sendiri.

Kesemuanya kelihatan sangat socialist. Kadangkala sangat communist. Tapi siapa yang dapat menafikan bahawa di sebalik communism dan socialism itu banyak tersembunyi pelbagai keindahan, dan ada ketikanya kesedihan. Revolusi, bagi kebanyakan warga, adalah indah pada awalnya sahaja. Jubilant at the very beginning, pain in the mid, and ending with horror.

Gaddhafi terlepas pandang pada bahagian Timur, yang kebanyakan masih didokong oleh penyokong Raja Idris. Mereka geram kerana penumpuan awal pembangunan di Libya tertumpu pada Tripoli dan Sirte. Walaupun revolusi yang dipimpin pada usia 27 tahun itu tidak menumpahkan setitis darah, cengkaman dictator selama 42 tahun pemerintahannya memang menyebabkan rakyat Libya hidup dalam kebimbangan. Tapi di negara Arab mana yang kebebasannya memungkinkan rakyat untuk bersuara bebas mengkritik sang pemimpin? Lebanon yang mencuba sejak sekian lama masih lagi belum bertemu noktahnya.

Tapi lewat ini, Gaddhafi kelihatan semakin toleransi. Ketika perancangan pembangunan ekonomi negara diserahkan kepada Saiful Islam, negara Libya sememangnya melalui satu era yang menyebabkan seluruh pelabur dunia boleh meleleh air liur. China dan Turkey, adalah contoh dua negara yang menggunakan sepenuhnya hubungan baik dengan Libya bagi kepentingan para pelabur mereka. Bahkan kerajaan China dengan kuasa buruh yang dominan, telah bertindak bijak memberikan pembangunan untuk ditukar dengan minyak. Rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan China melalui syarikat-syarikat pelaburan mereka, kadangkala gua rasa tidak masuk akal. Rakyat Libya cuma sekitar 5 juta orang, tapi kawasan perumahan baru yang dibangunkan bagai mahu menampung 15 juta penduduk.

Satu ketika, seorang Project Manager yang baru pertama kali tiba di Tripoli bertanya kepada gua, di manakah rakyat Libya yang miskin? Ini kerana dia melihat rumah-rumah besar di sepanjang jalanraya Tripoli seakan mustahil untuk mengatakan kewujudan warga yang miskin. Betul, mustahil jika tiada yang miskin. Gua bawa bersiar ke Janzour untuk melihat rumah-rumah flat tepi laut, juga anak-anak muda yang melepak tepi jalan setiap malam sambil melayan ganja, katanya ini tidak susah, kerana mereka masih tetap punyai tempat tinggal.

Itulah satu factor yang menyebabkan kita perlu rasa cemburu. Penempatan untuk warganya tidak dibina sekadar melepas batuk ditangga. Rumah flat yang paling bangsat di tepi laut di Janzour pun ada 4 bilik tidur serta dua ruang tamu. Warga Benghazi yang memaki hamun Gaddhafi itu, tinggal di rumah-rumah flat yang 4 kali lebih besar daripada flat bandaraya kebanggaan DBKL. Sejauh Darna dan Tabruq, yang mempunyai tanah yang lebih luas, rumah-rumah kediaman yang dibina adalah lebih mewah. Semi-D 4 atau 5 bilik, adalah sesuatu yang sangat biasa. Semuanya dibina konon untuk dijual tapi pada akhirnya rakyat akan memiliki tanpa perlu membuat sebarang bayaran.

Secara umum, kekayaan hasil minyak memang diagihkan dengan sebaiknya. Gaddhafi mahu memberikan semua benda kepada warganya, supaya mereka terus gembira dan diam. Penganggur yang mengangkat senjata bersorak dan berlagak ala guerrilla dalam TV yang lu orang lihat itu, membesar dengan duit subsidi negara. Lelaki berjambang dan berjanggut yang mengetuk kepala Gaddhafi itu, gua sangat yakin setiap bulan akan ke stor-stor makanan menghulurkan kad pengenalan untuk digantikan dengan tepung, gula, spaghetti, minyak dan beras. Atau paling kurang, kesemua mereka yang membenci Gaddhafi di Benghazi itu, tidak membayar bil elektriknya!

Benar, gua sendiri sudah jemu melewati pintu besar penjara Abu Slim yang menjadi igauan ngeri setiap warga Libya itu. Betul, di penjara itu jugalah 1200 orang inmates ditembak mati hanya satu malam. Betul juga, ketika pemerintahannya Gaddhafi menjadi satu ikon yang menakutkan bagi mereka yang cuba bersuara untuk menentang. Betul juga, Libya tidak pernah mengadakan pilihanraya dan tiada satu parti politik pun yang wujud ketika era Gaddhafi.

Tapi, apa perlunya igauan ke atas sebuah penjara yang punya hanya tiga bangunan dan selebihnya kawasan lapang jika lu hanya perlu biarkan Gaddhafi terus berkuasa dan rakyat menikmati semua benda secara percuma? Apa perlu lagi bimbangkan satu susuk seperti Gaddhafi pada ketika rakyat memang menikmati hasil kekayaan negara secara sama rata? Betul, Gaddhafi menzalimi rakyatnya, tetapi apakah semua mereka dizalimi? Tolong baca ini dalam konteks politik dunia Arab yang sangat unik dan bukannya pada skala politik tempatan. Demokrasi pada dunia Arab tidak akan berhasil tetapi Malaya landskap politiknya adalah berbeza dan kita bukanlah sebuah negara bangsa yang terbina dengan pelbagai kabilah seperti bangsa Arab. Jangan selepas ini ada yang mahu pulangkan paku buah keras pada gua agar menerima kezaliman dan ketidakadilan UMNO selama puluhan tahun ke atas bangsa Malaysia. Itu senario yang berlainan.

Kembali ke Libya, dan Gaddhafi yang memang tidak lari daripada sebarang kesilapan. Akibat tidak memberikan tumpuan pada kawasan rural, di bahagian Timur, di Benghazi sehingga ke Tobruk di sempadan Mesir, maka anasir asing mulai mencucuk jarum. Atas dasar yang semakin terbuka, Britain dan Peranchis juga turut melabur, tetapi tumpuan hanya diberikan di bahagian Timur. Benih yang disemai sekian lama akhirnya membuahkan hasil lewat revolusi Bou Azizi di Tunisia.

Pada satu majlis, bersama dengan rakyatnya di Al-Wahat, Gaddhafi telah ditanya tentang rumah-rumah kediaman yang telah siap dibina, atas tanah-tanah yang diambil daripada rakyat tetapi masih belum diserahkan dan belum berpenghuni. Dengan sikap bersahajanya Gaddhafi memberitahu mana-mana rumah yang sudah siap, bolehlah sesiapa pun nak masuk. Kejadian itu berlaku pada 14 Januari 2011. Dan malam itu, bukan sahaja di Al-Wahat, bahkan di seluruh pelusuk Libya, semua projek-projek perumahan telah diserbu. Kediaman yang sudah siap terus diambil. Sampai tak cukup, rumah baru nak naik "ground beam" pun sudah ada kutu pacak khemah.

Akibatnya, Libya sedikit huru hara. Semua orang mahu dapat rumah percuma. Mahu atau tidak kehendak rakyat masih terpaksa dituruti. Kerajaan terpaksa berlembut. Walaupun sebenarnya, ucapan Gaddhafi itu hanya untuk penduduk Al Wahat, tetapi seluruh Libya berpesta mengambil unit kediaman percuma. Ketika Tunisia sedang panas dengan revolusinya, Gaddhafi terpaksa sedikit sebanyak berlembut.

Dari sinilah, musuh melihat bahawa tekanan boleh digunakan. Dari sinilah mereka mencuba dan tahu bahawa mereka perlu berani melawan. Walaupun sebenarnya mereka tiada sebarang tuntutan sangat yang perlu untuk dilaungkan. Ketika rumah percuma, pendidikan percuma, kesihatan percuma, rizab minyak makan tak habis, harga minyak seliter 20 sen boleh isi sampai tumpah-tumpah, makanan murah tiada cukai import, beli kereta dengan harga murah boleh buat loan tak payah interest, musuh-musuh Gaddhafi hanya melaungkan isu hak asasi manusia sahaja, kerana itulah modal terbaik yang dimiliki oleh Peranchis dan Britain, yang ketika itu sedang berusaha mencari sumber minyak alternatif dan berdepan dengan krisis bekalan tenaga.

Dalam ucapan terakhirnya, Gaddhafi menyebut yang dia akan melawan hingga ke titisan darah yang terakhir. Dia tidak akan lari, dan dia sanggup mati di tanahairnya sendiri. Akhirnya Gaddhafi memang mengotakan janjinya. Socialist yang sejati, tidak akan berundur. Tetap teguh dengan pendiriannya, seperti Che yang menolak kesenangan di Cuba, jawatan sebagai menteri, pemimpin tertinggi parti dan komander tentera, sebaliknya mahu terus berjuang di hutan Bolivia, menjaja revolusi untuk membebaskan seluruh benua Amerika. Preferio morir de pie que vivir siempre arrodillado, lebih baik mati berdiri daripada hidup melutut!

Gaddhafi memang zalim, tetapi sezalim dan sejahat Gaddhafi adalah sebaik-baik imperialist Barat. Gua sangat pasti, rakyat Libya akan menyesali apa yang telah terjadi. Al Fatihah untuk Abang Besar, The Leader of the Revolution and the Founder of the Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya

Di Petik dari: ZULHAZRY MOHD YUSOFF

Saturday, September 24, 2011

Tahniah Graduan Konvokesyen ke-39

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.






terlebih dahulu TSB mengucapkan tahniah kepada Mahasiswa dan mahasiswi UKM yang bakal bergraduasi pada konvokesyen kali yang ke 39. sesungguhnya segala kepenatan, kesungguhan dan kecekalan serta doa yang tidak putus daripada diri sendiri mahupun keluarga akhirnya terbalas sudah. Segulung ijazah yang diterima adalah sangat manis, namun ianya lebih manis lagi apabila Graduan bukan sahaja menerima segulung ijazah tetapi ilmu pengetahuan dan pengalaman itu lebih penting kerana, hari ini skrol ijazah sahaja tidak menjanjikan peluang yang lebih cerah semasa anda kembali kepada masyarakat di luar sana.

Tahun 2011 ini, adalah knovokesyen UKM yang ke 39. Bila kita menyorot kembali sejarah-sejarah penubuhan Universiti yang kita cintai ini, kita harus berbangga bahawa UKM adalah satu-satunya Universiti yang ditubuhkan diatas air mata dan pengorbanan para pejuang yang mahukan sebuah Universiti yang menggunakan sepenuhnya aliran melayu. Dan pada dasar itulah lahirnya ramai cendekiawan Melayu yang bangkit untuk membela bangsa dan tanah air mereka.

UKM juga harus berbangga apabila Majlis Konvokesyen UKM yang pertama pada tahun 1974 dilakukan didalam bangunan Parlimen. hal ini menjadi kebanggaan semua mahasiswa dan mahasiswi UKM, apabila UKM telah diberi penghormatan sedemikian yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana institut pengajian tinggi di Malaysia.

Akhir kata. Tindakan Siswa Bersatu Sekali lagi mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Graduan Graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam sesi Konvokesyen kali ke-39..

SYABAS!!!!


Perpaduan Asas Keharmonian.

Thursday, September 22, 2011

LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN

ASSALAMUALAIKUM..

UPDATE DAH BLOG...

KEJAP LAGI ADA LAH BLOG YANG MENYALAK... HIHIHI SABO2

ADMIN BARU.. BIASALAH...
MASUK JE KEJE DAH DAPAT BERITA BESSSSTTTTT...

NAH!!


AGAK-AGAKNYA KEJE SAPE YE BUAT MACAM NIE?



TERINGAT PLAK GAMBO NI..



YANG NI POWER GAK



MESTI ANDA SUKA YANG INI



GAMBO ATAS NI SEKADAR IKLAN "MAHASISWA PALING BIJAK"




PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN....

Monday, February 28, 2011

HARI UNTUKMU WANITA



TARIKH: 28 FEBRUARI HINGGA 3 MAC 2011

MASA : 8:30 PAGI HINGGA 10:00 MALAM

TEMPAT : PUSANIKA, UKM

AKTIVITI: PAMERAN, GERAI JUALAN,FORUM: KESEDARAN KANSER DIKALANGAN WANITA DAN BANYAK LAGI..

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI

BERIKAN SOKONGAN KEPADA ANAK MELAYU KITA

Nasionalisme Islam



1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

petikan blog Che det

Perpaduan Asas Keharmonian

Sunday, February 27, 2011

RAJA KACAU



Assalamualaikum dan Salam Perjuangan

Mungkin anda kenal muka-muka mereka diatas.. terlalu taksub berpolitik, memang Hobi mereka untuk membuat kacau sehingga terbawa-bawa ke tempat lain. Pihak berkuasa UPM harus tangkap mereka, mereka bukan pelajar UPM..

Friday, February 25, 2011

Student Radikal



Assalamualaikum dan Salam Perjuangan

Mungkin mahasiswa kenal akan kelibat dua orang indidvidu dia atas. apatah lagi jika anda pendokong setia GMUKM. ingatkan mereka sudah berpuas hati akan kekacauan yang mereka lakukan sepanjang pilihan raya. rupanya belum lagi. demonstrasi, tindakan agresif rupanya seperti satu aktiviti yang wajib dilakukan. adakah ini nilai Politik Moral yang di ajarkan oleh ketua-ketua mereka?

mungkin bila kita tunjuk gambar ini, mereka tidak ambil kisan dan peduli, tapi sejauh mana sikap cakna terhadap mahasiswa dan Moral mereka menjadi tanda tanya sehingga sekarang.

Bersykur kekalahan Aspirasi di UKm itu banyak hikmahnya kepada Universiti sendiri serta impaknya terhadap mahasiswa yang bakal graduate. kita tidak ingin universiti yang tercinta ini di cop sebagai tempat menghasilkan pelampau dan student yang radikal dan taksub terhadap politik. mungkin anda masih ingat peristiwa tahun lepas yang memalukan nama UKM ke seantero dunia. mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa rangking Universiti tidak berada di kedudukan yang terbaik.

persoalannya di sini, adakah ini citra serta falsafah yang didukung oleh mereka selama ini? kalau inilah caranya teruskan. mahasiswa tidak buta, mahasiswa bijak menilai..

"Perpaduan Asas Keharmonian"

Thursday, February 24, 2011

Arah Tuju Aspirasi Pasca PRK 2011

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan

keputusan PRK baru-baru ini ternyata telah memihak kepada GMUKM setelah 7 tahun menunggu untuk menduduki semula kuasa PMUKM. 7 tahun bukan satu jangka waktu yang singkat bagi GMUKM untuk membentuk semula barisan mereka setelah melakukan rebranding daripada IPU kepada GMUKM.Bagi Aspirasi, kekalahan ini pastilah sangat perit bagi mereka. ini merupakan kekelahan mereka yang pertama setelah 7 tahun memegang tampuk pemerintahan PMUKM semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 2003.

Adakah Aspirasi itu patut dikuburkan terus atau perlu penjenamaan semula seperti yang dilakukan oleh gerakan Pro-Aspirasi diselruh IPTA di malaysia. jangka waktu 7 tahun adalah satu tempoh yang agak lama untuk aspirasi kekal pada wadah perjuangannya dan perlu perubahan dan pembaharuan. walaubagaimanapun, prospek masa hadapan bagi perjuangan perlu dilakukan segera, kerana beza kekalahan antara Aspirasi dan GMUKM tidaklah terlalu jauh dan punca kekalahan hanyalah disebabkan masalah dalaman yang menyebabkan wujudnya calon bebas.

bagi calon-calon Aspirasi yang menang, beban dan tanggungjawab sekarang adalah terpikul kepada mereka bagi menaikkan semula nama Aspirasi. istilah pembangkang haruslah dilupakan oleh mereka kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan Mahasiswa UKM disamping menaikkan semula nama Aspirasi. jadilah pendesak yang terbaik kepada GMUKM agar wujudnya Check and Balance.

walaupun Aspirasi tumbang diperingkat Universiti namun, di kolej-kolej kediaman Aspirasi masih lagi pemegang kuasa utama. terutamanya dikalangan Jaksa dan sebagainya.contoh ini dapat dilihat kepada tiga kuasa utama iaitu Kolej Rahim Kajai, Kolej Ibrahim Yaakub dan Kolej Burhanuddin Helmi. kolej-kolej ini merupakan penggerak kepada perjuangan Aspirasi di UKM dengan asas TSB sebagai perjuangan mereka. Kolej-kolej besar seperti za'aba dan kerismas perlu mengambil iktibar kegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan daripada mahasiswa.

bagi TSB, walaupun Aspirasi mengalami kekalahan pada tahun ini, namun ianya tidak sedikit pun menggoyahkan kedudukan TSB. TSB tetap mengalami peningkatan dari tahun ke tahun untuk menunjukkan kebangkitan mereka. mungkin Aspirasi perlu melihat kembali sebab kewujudan mereka dan tindakan mereka pada masa hadapan.

TSB juga berharap akan berlaku perubahan terhadap pentadbiran Universiti yang dilihat selama ini sangat menyusahkan pekajar sehingga memberi impak kepada perjuangan Aspirasi. kekalahan Aspirasi biar menyedarkan mereka bahawa Aspirasi ini bukannya kuda tunggangan mereka, jangan kerana Aspirasi mereka boleh duduk dengan selesa di atas.

kesimpulannya, perjuangan haruslah diteruskan, rapatkan semula barisan pejuang-pejuang sekalian. tunjukkan semula taring perjuangan anda. biaralah Perjuangan itu sentiasa Teguh, Setia dan sentiasa Bersatu.

"Takkan Sekali Berundur"

Wednesday, February 23, 2011

Analisis kekalahan Aspirasi dalam PRK 2011

Assalamualaikum dan salam perjuangan.

2011 memperlihatkan peralihan kuasa PMUKM berlaku daripada Aspirasi yang berkuasa selama 7 tahun berturut-turut kepada GMUKM.

ucapan tahniah kepada GMUKM dan selamat menjalankan tugas

kita akan melihat punca sebenar kekalahan Aspirasi dan janganlah menuding jari kepada sesiapapun.

1)Undi pecah

Kehadiran calon-calon bebas dalam merebut kerusi PMUKM menjadi faktor utama yang menyebabkan undi Aspirasi terpecah. Dalam hal ini dapat dilihat calon-calon bebas yang yang bertanding atas tiket Kaukus Siswa melayu adalah daripada serpihan Aspirasi sendiri yang membawa diri kerana konflik dalam Aspirasi. Melalui keputusan yang diperolehi, 3 calon bebas iaitu Mohd Hafiz, Zulhilimi serta mohan Raju telah memecahkan undi Aspirasi. Sebanyak lebih 3000 lebih undi telah dimenangi oelh ketiga-tiga calon bebas yang bertanding kerusi umum tahun 2 yang selalunya menjadi kerusi selesa bagi Aspirasi.

Mohan Raju juga membawa impak yang besar dalam pola pengundian student India dalam PRK kali ini. Kalau sebelum ini calon-calon dari PAH biasanya akan diletakkan di Kerusi FSSK. Keadaan ini membawa 1000 undi bagi student India terarah kepada Mohan Raju walaupun beliau bukan bertanding atas tiket PAH.


2)Konflik dalaman Aspirasi

Konflik dalaman Aspirasi membawa kepada kekalahan Aspirasi dalam PRK 2011. Kebanyakan ahli-ahli yang menentang Aspirasi bukan sahaja dari kalangan seteru utama mereka bahkan daripada mereka yang tidak bersetuju dengan Aspirasi itu sendiri. Kekecewaan segelintir penggerak Aspirasi telah menyebabkan tumbangnya Aspirasi. Misalnya Aspirasi kehilangan penyokongnya di Kolej Aminuddin Baki kerana sebilangan anggota Kaukus Siswa Melayu berada di Aminuddin Baki dan mempunyai Pengaruhnya sendiri.

3)Kegagalan sebilangan MPP Aspirasi Lepas.

Hal ini merupakan satu benda penting bagi melihat arah tuju Aspirasi itu sebagai sebuah pergerakan pelajar yang menjaga kebajikan Student UKM. Mahasiswa UKM melihat pencapaian Aspirasi adalah melalui MPP mereka, sama ada mereka membuat kerja atau hanya memanaskan kerusi MPP tanpa melakukan apa-apa kerja. Dalam hal ini kita tidak perlu menyebut siapa yang tidak buat kerja dan sebagainya, mahasiswa mampu menilai sendiri apa yang berlaku.


4)Masalah-masalah Universiti yang tak dapat diselesaikan

Air, Internet dan Isu Keselamatan: ketiga-tiga masalah ini adalah merupakan masalah paling besar yang tidak dapat diselesaikan oleh Aspirasi. Walaupun masalah ini sepatutnya diselesaikan oleh pihak pentadbiran Universiti, namun, Mahasiswa memberi kesalahan kepada wakil pelajar kerana gagal bertindak walaupun mereka telah bertindak dengan sebaik mungkin. Kegagalan pentadbiran memberi impak kepada Aspirasi. HAL INI JUGALAH YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA UNDI PROTES KEPADA ASPIRASI.


5)Kekuatan jentera

Jikalau dilihat kepada kekuatan jentera Aspirasi kali ini, kekuatan jentera Aspirasi disetiap kolej semakin berkurangan. Hanya tiga kolej yang masih menampilkan kekuatan jentera mereka dalam PRK kali ini. Iaitu Jentera Aspirasi Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ibrahim Yaakub dan Kolej Rahim Kajai. Ketiga-tiga kolej ini masih merupakan kubu kuat bagi Aspirasi kerana pejuang-pejuang TSB masih terdapat didalamnya. Hal ini sangat berbeza dengan kolej-kolej besar seperti Krismas dan Pendeta Za’ba yang dilihat tidak mempunyai jentera yang besar bagi menarik penghuni kolej untuk bersama dengan Aspirasi.


6)Kewujudan Kerusi Post-Graduate

Pihak Aspirasi hanya menghantar seorang sahaja calon dalam merebut kerusi siswazah yang dibuka dalam PRK kali ini. Hal ini menyebabkan GMUKM memperolehi 3 kerusi dengan mudah. GMUKM menang dengan mudah walaupun peratus pengundi tidak sampai 5% dan ini merupakan satu bonus bagi GMUKM.

jikalau ada punca lain anda bolehlah memberi pendapat melalui komentar. dan jangalah ada pihak-pihak tertentu yang menuding jari kepada mana-mana pihak. Muhasabah diri kita. bagi pejuang-pejuang TSB perjuangan harus diteruskan.

"Takkan Sekali Berundur"

"Perpaduan Asas Keharmonian"

Friday, February 18, 2011

ASPIRASI UNIVERSITI


Assalamualaikum dan Salam Pilihan Raya

memetik mengenai persoalan yang diajukan oleh GMUKM mengenai siapa sebenarnya yang lebih menonjolkan "Aspirasi Universiti" di kampus adakah ASPIRASI atau pun GMUKM. GMUKM mmbangkitkan persoalan mengenai Falsafah universiti yang dipegang oleh mereka adalah yang benar-benar menjunjung 'Aspirasi Universiti'.

TSB memberi cadangan kepada GMUKM agar jangan menyempitkan idea 'Aspirasi Universiti'. Umum mengetahui dasar perjuangan Aspirasi UKM adalah "menjunjung Aspirasi Universiti" dan ini dipegang semenjak penubuhannya pada tahun 2002. memang benar pengertian yang dibawa mengenai maksud Aspirasi tersebut tapi pandangan biarlah jangan prejudis kerana anda bukan berjuangan bersama dengan Aspirasi UKM dalam barisannya.

Hasrat yang dibawa oleh aspirasi untuk universiti juga mewakili semua kaum yang terdapat di Universiti kerana Aspirasi itu gabungan antara TSB, CCC dan PAH yang bersama-sama membawa Aspirasi Universiti dan bukannya jumud terhadap kumpulan tertentu sahaja. Dan selama ini hasrat Universiti ini seperti falsafah visi, misi dan didukung oleh penggerak-penggerak Aspirasi yang berjuangan dan bergerak bersama-sama dengan universiti. adakah GMUKM bersama-sama dengan Universiti selama ini?

walaupun berpegang dengan falsafah universiti adakah GMUKM itu benar-benar berada dilandasan yang sama dengan falsafah Universiti. setelah kekacauan demi kekacauan, memburuk-burukkan nama universiti sehingga ke peringkat antarabangsa adakah itu yang dikatakan sejajar dengan falsafah universiti? Adakah Ber-Gm itu adalah menepati landasan Falsafah UKM tepuk dada Tanya iman..

“Belajar Lebih Baik”

Tuesday, February 15, 2011

Politik Nilai



Assalamualaikum dan Salam Perjuangan

17 Februari adalah hari Penamaan calon bagi permulaan kepada Pilihan Raya Kampus UKM sesi ini. penamaan calon biasanya akan panas dengan adegan-adegan provokasi dan sebagainya. jikalau tahun lepas terdapat golongan yang membawa pasukan berkuda dalam perarakan mereka. tahun ni tak tahu apa pula binatang yang akan menjadi IKON mereka.

adakah ini jenis-jenis politik nilai dan keintelektualan yang dibangga-banggakan oleh mereka yang mengatakan bahawa mereka yang paling mengamalkan nilai-nilai terbaik dalam berpilihan raya. itu belum lagi dengan kes berarak beramai-ramai pada waktu malam sambil terjerit-jerit tidak kira lelaki mahupun perempuan.

pada permulaan esok kita akan melihat sejauhmana politik nilai itu diamalkan oleh mereka-mereka yang bijak dan pandai didalam Universiti. mahasiswa mampu menilai siapa yang sebenarnya layak untuk menjadi pemimpin. provokasi berupa ajakan debat adalah satu taktik lama yang merupakan satu provokasi untuk menyerang keperibadian. mungkin selepas ini akan lebih ekstrim.

kalah menang adat pertandingan. kepada pejuang-pejuang TSB dan Aspirasi teruskan usaha dan kemenangan. anda

"Takkan Sekali Berundur"

Monday, February 14, 2011

Debat Pulak


Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul

Selawat dan Salam kepada junjungan Besar kita Rasulullah S.A.W

di hari yang mulia ini marilah kita panjatkan kesyukuran serta banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita.

Malam ini pula akan diadakan satu debat yang bertajuk yang dianjurkan oleh ISIUKM. kenpa perlu berdebat pada hari yang mulia? debat untuk menunjukkan siapa lagi hebat atau debat untuk menjatuhkan individu lain? berdebat pula dengan mereka yang sentiasa betul dalam UKM, TSB yakin debat hanya digunakan sebagai platform untuk mencari kesalahan dan bukannya untuk memberikan pandangan serta hujahan.
kalau dah orang lain berikan hujahan pun dikatakan dangkal dan tak dapat menerima hujahan orang lain, tak usahlah nak berdebat, jika kita imbas kembali bagaimana satu debat yang diadakan selepas MMP yang lepas kita lihat bagaimana adakah masalah yang diperdebatkan itu berkaitan dengan isu yang ingin dibangkitkan? Bagaimana pula dengan malam ini?

elok kiranya pada malam ini diadakan satu forum mengenai sirah perjuangan Rasulullah dan bukannya perdebatan kerana pasti menunjukkan permusuhan antara umat islam itu sendiri. kat Masjid ada Ceramah Maulud Nabi

Perpaduan Asas Keharmonian"

hahaha



Assalamualaikum dan Salam perjuangan


Jangan terlalu yakin la.. sokongan mana yang anda semua dapat?

Saturday, February 12, 2011

Jangan Cemarkan Kesucian Masjid


Assalamualaikum dan salam Perjuangan


umum mengetahui perjuangan rakyat Mesir menentang Husni Mubarak yang akhirny telah berjaya menumbangkan rejim yang telah memerintah selama 30 tahun. setiap tindakan dan perjuangan yang dilakukan oleh rakyat Mesir itu disokong sepenuhnya oleh TSB bahkan didoakan agar berjaya agar mesir itu segera pulih seperti biasa.

Namun di Malaysia lain pula kisahnya, siri tunjuk perasaan sebagai menunjukkan rasa solidariti mereka adalah pelik. dua minggu lepas bagaimana tunjuk perasaan yang dilakukan di depan pejabar kedutaan US bagi menuntut Husni Mubarak letak jawatan adalah satu tindakan yang "KURANG BIJAK". kenapa perlu pergi kedutaan US. umum mengetahui bahawa Husni Mubarak adalah proksi kepada negara US namun adakah suara serta memorandum itu di ambil peduli oleh mereka. TSB pasti Memorandum yang masuk pasti terus ke bakul sampah.

Di UKM pula kesucian masjid itu telah dicemar, dengan tindakan melakukan adegam membakar poster Husni Mubarak di DALAM KAWASAN MASJID. kenapa mesti ianya dilakukan didalam kawasan masjid? tidak ada kah tempat lain untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tersebut. jika dilihat kepada sejarah, Masjid sentiasa digunakan oleh golongan ini untuk melakukan provokasi. dan lebih malangnya apabila ianya dilakukan selepas solat jumaat. kerana pada waktu inilah mahasiswa ramai dan mereka ingin menunjukkan kebodohan mereka. lihat sahaja di mesir, adakah tunjuk perasaan yang dilakukan oleh rakyat itu berlaku di kawasan masjid? kawasan-kawasan tempat ibadah islam? tapi kenapa di malaysia ini ramai pula yang berlebihan? ingin menunjuk rasa solidariti atau ingin menunjuk-nunjuk sebab PRK semakin menghampiri? bila mahasiswa tidak ambil peduli dikata pula mahasiswa mandom, tidak cakna dan sebagainya kerana mereka lebih tahu segalanya berbanding apa yang rakyat Mesir lakukan. Tepuk dada tanya iman. hentikanlah gunakan masjid sebagai medan provokasi anda.

tindakan rakyat mesir berjaya membawa kepada runtuhnya Rejim Mubarak

"Perpaduan Asas Keharmonian"