Wednesday, January 26, 2011

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN

Apa pandangan anda terhadap surat diatas. mungkin inilah yang dikatakan oleh beberapa pihak bahawa mereka buka kuda tunggangan kepada parti Politik di atas. Surat yang bertarikh Mac 2000 yang didedahkan oleh Sebuah blog anti Pembangkang menunjukkan bagaimana Parti Politik dengan mudah menggunakan mahasiswa yang kononnya memegang kepada prinsip idealisma Islam sanggup untuk bersekongkol dengan orang yang berkepentingan untuk mendapatkan kuasa.

dalam konteks ini, kita dapat melihat Politik "matlamat menghalalkan Cara" itu sebagai satu medan yang terbaik bagi mendapatkan kuasa di peringkat mahasiswa. bagaimana rasanya mahasiswa bumiputera kristian dari sabah dan sarawak, mahasiswa cina dan India apabila membaca amanat tersebut

"Demi mencapai matlamat perjuangan ini, pergunakanlah pelajar Cina, India dan Bumiputera bukan Islam terutamanya dari Sabah dan Sarawak bagi mencapai matlamat perjuangan kita. Walaupun kita tidak mungkin bersama-sama dengan golongan KAFIR ini"

adakah selari dengan prinsip-prinsip keadilan sosial serta kesepaduan kaum yang dicanang oleh mereka?? tepuk dada tanya iman. anda sebagai mahasiswa mampu menilai kenapakah perkara sedemikian berlaku. demi kuasa apa sahaja sanggup dilakukan. adakah ini sememangnya dituntut didalam ISLAM??

"PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN"

Monday, January 24, 2011

MAK CIK SALLY OH MAK CIK SALLY

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan


Umum mengetahui mengenai peristiwa yang menimpa Mak Cik Sally. namun adakah anda mengetahui kebenarannya? jangan hanya tahu menuduh tanpa ada bukti sah mengenai kejadian yang menimpa mak cik Sally. seluruh penghuni KIY mengenali siapa Mak cik Sally? dan tidak ada sesiapa yang berdendam dengan Beliau sehingga sanggup berkomplot untuk membuat laporan bahawa kawasan kedai beliau merupakan tempat berkumpulnya budak-budak surau yang dikatakan ahli tegar GMUKM.

Mak Cik Sally sebenarnya telah berniaga di KIY selama 11 tahun dalam tempoh ini tidak menimbulkan sebarang masalah kepada KIY. Mak Cik Sally sebenarnya tidak dusir kerana masalah-masalah yang dinayatakan diatas. namun Kontrak beliau sememangnya telah tamat dan KIY mengadakan tender terbuka untuk mendapatkan lot kedai tersebut. hal ini memang sentiasa berlaku. tidak ada sabotaj dari mana-mana pihak untuk menghalang mak cik Sally dari terus berniaga. Semua penghuni amat menghormati Mak cik Sally atau Mak Cik Salmah tidak kira sama ada Penyokong GMUKM mahupun Aspirasi. kenapa perlu timbul isu yang sedemikian. kenapa tidak pula ada suara-suara sumbang yang menuduh Bahawa Kontrak Cafe KIY dibawah Uncle Sam ditamatkan disebabkan oleh ASPIRASI.. tepuk dada tanya iman? sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa Kontrak Mak Cik tidak disambung tapi untuk menjaga maruah semua maka lebih baik kita diam sahaja.

kepada pihak-pihak yang mengeluarkan statement-statement tanpa merujuk mana-mana sumber berhentilah daripada melakukannya kerana ia sememangnya menambah dosa anda.. kepada Mak Cik Sally TSB ucapkan Selamat maju jaya dan Jasamu sepanjang 11 tahun berada di KIY akan sentiasa diingati oleh penghuninya..

"Perpaduan Asas Keharmonian"

Sunday, January 23, 2011

RETORIK PERJUANGAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN

Berbicara mengenai retorik pasti anda akan terfikir mengenai salah satu stail untuk menarik orang ramai untuk menumpukkan perhatian serta memberikan sokongan kepada anda. Dalam hal ini kita akan melihat sejauh mana GMUKM itu berada dilandasan perjuangannya atau hanya retorik semata-mata. Dalam hal ini GMUKM telah menetapkan beberapa idea penting dalam perjuangan mereka. Namun adakah itu semua benar??


1) Demokrasi: GMUKM mencanangkan kepada seluruh mahasiswa bahawa mereka adalah front mahasiswa yang menerapkan nilai-nilai demokrasi dalam sistem mereka? Namun adakah hal ini berlaku. Dalam hal ini kita akan melihat dalam organisasi Persatuan Mahasiswa di Peringkat Fakulti ( PMF ) yang hampir keseluruhannya di kuasai oleh GMUKM. Pemilihan jawatan tertinggi dalam PMF sepatutnya adalah mengikut lunas-lunas yang yang ditetapkan namun sebenarnya hal ini langsung tidak diterapkan. Sebagai contoh kita akan melihat kepada AGM PMFST yang mana kerusi bagi jawatan Presiden dalam PMFST itu langsung tidak dipertandingkan bagi meneruskan legasi GMUKM dalam PMFST. Sebagai bukti hal ini berlaku pada tahun 2009 di mana jawatan Presiden PMFST yang dilepaskan oleh Presiden Sebelumnya terus diberikan kepada orang yang dipilihnya dan bukannya datang dari undian seluruh ahli yang mendaftar di bawah PMFST. Kejadian seperti bukan sahaja berlaku di FST tapi di kebanyakan Fakulti yang dikuasai mereka. RETORIK


2) Keadilan sosial: Adakah anda yakin bahawa GMUKM ni bersifat adil dan saksama? Dalam hal ini kita mungkin boleh bagaimana pemulauan yang berlaku di Fakulti Pengajian Islam. Sebenarnya ramai mahasiswa yang berada di FPI tidak menyokong GMUKM walaupun FPI merupakan kubu kuat mereka. Namun adakah mereka sedar tentang hal tersebut? mereka yang tidak suka sebenarnya takut dipulaukan. Hal ini telah lama berlaku. Mereka bukan sahaja dipulaukan oleh rakan-rakan sendiri tetapi terdapat segelintir tenaga pengajar seperti pensyarah yang akan bersikap prejudis terhadap mereka yang dilihat pro-pentadbiran tidak kira sama ada kerajaan dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan mahasiswa hanya diam dan takut untuk bersuara. Adakah ini keadilan sosial? RETORIK


3) Non-Partisan: GMUKM sehingga ke sekarang tidak mengaku bahawa mereka sebenarnya adalah proksi Pati Bulan. Mereka sibuk memalu gendang yang Aspirasi merupakan tajaan daripada UMNO sedangkan mereka sering menerima tajaan daripada parti luar. Buktinya kita boleh flyers-flyers berwarna, banner-banner yang cantik dan ternyata lebih hebat daripada Aspirasi yang mencetak Al-Bayan dengan hanya menggunakan kertas A4 biasa. itu semuanya datang dari sumber mana? Mereka mengatakan itu adalah hasil daripada pungutan sesame ahli sedangkan merekalah orang paling sibuk mengatakan duit ptptn tidak mencukupi dan sebagainya. Dalam penamaan calon tahun lepas juga anda boleh melihat bagaimana calon-calon GMUKM dibawa menaiki kereta-kereta mewah untuk ke tempat penamaan calon sedangkan Aspirasi hanya berjalan kaki. Adakah itu menunjukkan yang mereka bukan mendapat funder daripada luar? Takkan anda lupa Dun Bangi, Parlimen Serdang dan Negeri Selangor diperintah oleh siapa? RETORIK




4) Keintelektualan: Dalam hal ini gambar dibawa mampu menunjukkan keinteletualan yang dibawa oleh GMUKM. RETORIK






5) Kesepaduan Kaum: Adakah kesepaduan kaum itu diterapkan di dalam GMUKM atau sekadar omong-omongan. Anda mungkin boleh melihat sendiri tidak kira dalam GMUKM. AKSIS, MAMPU dan GMLN adakah terdapat kaum lain? AKSIS, MAMPU dan GMLN sebenarnya adalah terdiri daripada orang-orang yang sama sahaja. Front-front ini Sengaja ditubuhkan untuk memperlihatkan mahasiswa bahawa mereka sebenarnya adalah gabungan yang banyak. Jangan tertipu. Persoalannya adakah MAMPU itu hiudp lagi? MAMPU itu adalah Slogan yang dibawa IPU pada datu ketika dulu. Berbeza dengan Aspirasi dibentuk oleh gabungan tiga Pertubuhan yang melibatkan kaum. Iaitu TSB, CCC dan PAH yang masing-masing mewakili Melayu, Cina dan India. Kesepaduan ini juga jelas kelihatan dalam pembahagian kerusi dalam pilihan raya dimana Aspirasi menghantar calon-calon selain daripada Melayu untu bertanding. Dimana konsep kesepaduan kaum GMUKM? RETORIK

Mahasiswa harus menilai sepenuhnya yang mana retorik dan yang mana adalah benar-benar perjuangan.

Perpaduan Asas Keharmonian

Tuesday, January 11, 2011

Jawapan Kepada Isu Khinzir

Sebagai respon kepada kepada entri kurang menyenangkan tentang 'pendatang baru' di kolej burhan. Boleh baca di sini. Aspirasi UKM telah menemubual beberapa individu yang telah mendepani hal ini beberapa hari sebelum ia dijadikan sentimen politik.

JAKSA Kebajikan Kolej Burhanuddin Helmi telah terlebih dahulu melaporkan perkara ini kepada Ketua Pengawal Wisma Aman, MEJAR (B) HOUSSAINI AB. GHANI. Menurut beliau, pihaknya akan mengabil tindakan secepat mungkin bagi menyelesaikan isu ini yang dilihat berpotensi untuk merebak ke tempat-tempat lain di UKM.

JAKSA Burhanuddin Helmi juga menjelaskan bahawa masalah ini berpunca dari tempat pembuangan sampah yang telah diselerakkan oleh monyet yang kemudiannya menarik perhatian binatang lain seperti anjing dan khinzir untuk mencari makanan. 'Pendatang' ini akan lebih aktif di antara jam 10.00 malam hingga 5.00 pagi. Pengurus kolej juga telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah ini telah diutarakan kepada pihak pentadbiran kolej.

Aspirasi UKM mengucapkan terima kasih kepada JAKSA Kebajikan Kolej Burhanuddin Helmi kerana telah mengambil langkah awal untuk menyelesaikan isu ini. Aspirasi UKM juga menasihatkan kepada para pelajar untuk berhati-hati dan jangan panik sekiranya berdepan dengan 'pendatang' ini.

ANGKARA SIAPA




ASSALAMUALAIKUM..

SALAM PERJUANGAN..

Dalam masa dua hari UKM di kejutkan dengan penyebaran flyes2 fitnah yang disebarkan oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab. Pihak Tindakan Siswa Bersatu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut kerana ianya mengaitkan dengan peribadi seseorang. Tindakan Siswa Bersatu juga menyeru Mahasiswa agar lebih matang dalam melakukan sesuatu sesuai dengan UKM melahirkan pemimpin yang berwibawa.

Dalam Kes-kes sebaran flyers fitnah ini sering berlaku di UKM sejak akhir-akhir ini. mungkin kita masih ingat Flyers2 yang memfitnah barisan jaksa Kolej Pendeta Za'ba mengenai konsert Adam Lambert yang mempunyai Modus Operandi serta taktik yang hampir serupa dalam memburukkan pihak-pihak tertentu.

akhir kata TSB meminta mahasiswa UKM agar menghentikan segala fitnah.

Perpaduan Asas Keharmonian..

Monday, January 3, 2011

ASPIRASI UPDATE SEMUA KECOH



ASSALAMUALAIKUM..
SALAM PERJUANGAN

kebangkitan semula blog Aspirasi UKM beberapa ini seperti biasa menimbulkan kekecohan, kutukan dan herdikan mahasiswa terutamanya bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan Aspirasi UKM yang telah memegang tampuk pemerintahan UKM selama 7 tahun berturut-turut. komentar-komentar seperti pemalas, tak tahu buat kerja dan sebagainya adalah biasa di hamburkan kerana mereka beranggapan bahawa ASPIRASI hanya bergerak aktif apabila pilihan raya kampus PRK sudah hampir.

adakah selama ini ASPIRASI UKM tidak membuat kerja atau memang pemalas? TSB menyeru kepada yang menuduh agar melihat semula dan bukannya bertindak melulu.. menuduh dan memfitnah.. ASPIRASI bukannya seperti GMUKM yang membuat kerja kerna hanya inginkan publisiti untuk dipertonjolkan kepada orang ramai bahawa siapa mereka yang sebenarnya? ASpirasi tidak menarik minat mahasiswa untuk melihat cara perjuangan mereka dengan hanya menaburkan ais krim kepada mahasiswa.

jika ingin melihat apa yang dilakukan oleh pejuang-pejuang ASPIRASI anda mungkin boleh merujuk kepada pemimpin-pemimpin ASPIRASI yang ada di setiap kolej-kolej kediaman apa yang mereka buat dan apa sumbangan mereka terhadap mahasiswa dan mahasiswi UKM. didalam PMUKM sendiri MPP-MPP yang membuat kerja kebajikan itu terdiri daripada ASPIRASI sendiri dan tidak timbul soal malas dan sebagainya. cuma apaa yang berlaku adalah publisiti teradap apa yang mereka lakukan itu tidaklah sekecoh memberikan asi krim percuma di pusanika.

perjuangan ASPIRASI bukanlah sekadar untuk membela nasib EMPAT ORANG SAHAJA tetapi keseluruhan mahasiswa dan mahasiswi UKM.

TINDAKAN SISWA BERSATU MENYERU KEPADA ASPIRASI SUPAYA TERUS BERJUANG

TAKKAN SEKALI BERUNDUR


BELAJAR LEBIH BAIK