Saturday, October 18, 2008
1996 detik hitam tidak dapat dilupakan
sambil kita mempertahankan UKM dari golongan reformis yang gila kuasa adalah lebih baik jika soroti kembali ke tahun 1996 apabila pejabat pmukm di paras tiga pusanika dikuasai oleh IPU. adapun gmukm yang ada pada hari ini adalah terhasil dari ipu juga. tahun 1996 merupakan zaman kegelapan bagi UKM. awan hitam menyelubungi ruang udara bangi sehingga ke tahun 2000. mengikut seorang bekas student ukm kehidupan pada waktu itu amat menyusahkan apabila mahasiswa dilayan seperti tentera. sedangkan mahasiswa perlukan kebebasab untuk hala tuju masing masing. pada zaman itu juga terdapat golongan yang kononnya telah senior menggunakan kuasa sendiri untuk merampas kad pelajar yang mereka syaki menentang mereka. selain itu, study group sangatlah tidak digalakkan pada zaman tersebut kerana takut berlakunya maksiat walaupun pada dasarnya ia adalah penting bagi mahasiswa berkongsi idea dan bertukar pendapat mengenai pembelajaran. pada zaman ini juga, pembangunan bagi mahasiswa juga adalah bersifat berat sebelah, dimana mahasiswa yang tidak mengundi mereka tidak mendapat keadilan yang sewajarnya sebaliknya mereka mendahulukan kroni kroni mereka untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan. jika dilihat pada hari ini gmukm sungguh bising mengatakan mahasiswa yang anti kepada pentadbiran akan dibuang kolej tetapi mereka sendiri tidak memandang ke belakang apa yang mereka lakukan kepada mahasiswa yang menentang mereka pada waktu itu, ternyata kereta yang mereka pandu sekarang tidak mempunyai cermin untuk memandang ke belakang.. fikirkanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment