Wednesday, January 26, 2011
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN
Apa pandangan anda terhadap surat diatas. mungkin inilah yang dikatakan oleh beberapa pihak bahawa mereka buka kuda tunggangan kepada parti Politik di atas. Surat yang bertarikh Mac 2000 yang didedahkan oleh Sebuah blog anti Pembangkang menunjukkan bagaimana Parti Politik dengan mudah menggunakan mahasiswa yang kononnya memegang kepada prinsip idealisma Islam sanggup untuk bersekongkol dengan orang yang berkepentingan untuk mendapatkan kuasa.
dalam konteks ini, kita dapat melihat Politik "matlamat menghalalkan Cara" itu sebagai satu medan yang terbaik bagi mendapatkan kuasa di peringkat mahasiswa. bagaimana rasanya mahasiswa bumiputera kristian dari sabah dan sarawak, mahasiswa cina dan India apabila membaca amanat tersebut
"Demi mencapai matlamat perjuangan ini, pergunakanlah pelajar Cina, India dan Bumiputera bukan Islam terutamanya dari Sabah dan Sarawak bagi mencapai matlamat perjuangan kita. Walaupun kita tidak mungkin bersama-sama dengan golongan KAFIR ini"
adakah selari dengan prinsip-prinsip keadilan sosial serta kesepaduan kaum yang dicanang oleh mereka?? tepuk dada tanya iman. anda sebagai mahasiswa mampu menilai kenapakah perkara sedemikian berlaku. demi kuasa apa sahaja sanggup dilakukan. adakah ini sememangnya dituntut didalam ISLAM??
"PERPADUAN ASAS KEHARMONIAN"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment