Monday, January 24, 2011

MAK CIK SALLY OH MAK CIK SALLY

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan


Umum mengetahui mengenai peristiwa yang menimpa Mak Cik Sally. namun adakah anda mengetahui kebenarannya? jangan hanya tahu menuduh tanpa ada bukti sah mengenai kejadian yang menimpa mak cik Sally. seluruh penghuni KIY mengenali siapa Mak cik Sally? dan tidak ada sesiapa yang berdendam dengan Beliau sehingga sanggup berkomplot untuk membuat laporan bahawa kawasan kedai beliau merupakan tempat berkumpulnya budak-budak surau yang dikatakan ahli tegar GMUKM.

Mak Cik Sally sebenarnya telah berniaga di KIY selama 11 tahun dalam tempoh ini tidak menimbulkan sebarang masalah kepada KIY. Mak Cik Sally sebenarnya tidak dusir kerana masalah-masalah yang dinayatakan diatas. namun Kontrak beliau sememangnya telah tamat dan KIY mengadakan tender terbuka untuk mendapatkan lot kedai tersebut. hal ini memang sentiasa berlaku. tidak ada sabotaj dari mana-mana pihak untuk menghalang mak cik Sally dari terus berniaga. Semua penghuni amat menghormati Mak cik Sally atau Mak Cik Salmah tidak kira sama ada Penyokong GMUKM mahupun Aspirasi. kenapa perlu timbul isu yang sedemikian. kenapa tidak pula ada suara-suara sumbang yang menuduh Bahawa Kontrak Cafe KIY dibawah Uncle Sam ditamatkan disebabkan oleh ASPIRASI.. tepuk dada tanya iman? sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa Kontrak Mak Cik tidak disambung tapi untuk menjaga maruah semua maka lebih baik kita diam sahaja.

kepada pihak-pihak yang mengeluarkan statement-statement tanpa merujuk mana-mana sumber berhentilah daripada melakukannya kerana ia sememangnya menambah dosa anda.. kepada Mak Cik Sally TSB ucapkan Selamat maju jaya dan Jasamu sepanjang 11 tahun berada di KIY akan sentiasa diingati oleh penghuninya..

"Perpaduan Asas Keharmonian"

1 comment:

ayu said...

saya sgt bsetuju dgn kenyataan anda...fakta tak boleh lawan auta...