ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERPADUAN
Berbicara mengenai retorik pasti anda akan terfikir mengenai salah satu stail untuk menarik orang ramai untuk menumpukkan perhatian serta memberikan sokongan kepada anda. Dalam hal ini kita akan melihat sejauh mana GMUKM itu berada dilandasan perjuangannya atau hanya retorik semata-mata. Dalam hal ini GMUKM telah menetapkan beberapa idea penting dalam perjuangan mereka. Namun adakah itu semua benar??
1) Demokrasi: GMUKM mencanangkan kepada seluruh mahasiswa bahawa mereka adalah front mahasiswa yang menerapkan nilai-nilai demokrasi dalam sistem mereka? Namun adakah hal ini berlaku. Dalam hal ini kita akan melihat dalam organisasi Persatuan Mahasiswa di Peringkat Fakulti ( PMF ) yang hampir keseluruhannya di kuasai oleh GMUKM. Pemilihan jawatan tertinggi dalam PMF sepatutnya adalah mengikut lunas-lunas yang yang ditetapkan namun sebenarnya hal ini langsung tidak diterapkan. Sebagai contoh kita akan melihat kepada AGM PMFST yang mana kerusi bagi jawatan Presiden dalam PMFST itu langsung tidak dipertandingkan bagi meneruskan legasi GMUKM dalam PMFST. Sebagai bukti hal ini berlaku pada tahun 2009 di mana jawatan Presiden PMFST yang dilepaskan oleh Presiden Sebelumnya terus diberikan kepada orang yang dipilihnya dan bukannya datang dari undian seluruh ahli yang mendaftar di bawah PMFST. Kejadian seperti bukan sahaja berlaku di FST tapi di kebanyakan Fakulti yang dikuasai mereka. RETORIK
2) Keadilan sosial: Adakah anda yakin bahawa GMUKM ni bersifat adil dan saksama? Dalam hal ini kita mungkin boleh bagaimana pemulauan yang berlaku di Fakulti Pengajian Islam. Sebenarnya ramai mahasiswa yang berada di FPI tidak menyokong GMUKM walaupun FPI merupakan kubu kuat mereka. Namun adakah mereka sedar tentang hal tersebut? mereka yang tidak suka sebenarnya takut dipulaukan. Hal ini telah lama berlaku. Mereka bukan sahaja dipulaukan oleh rakan-rakan sendiri tetapi terdapat segelintir tenaga pengajar seperti pensyarah yang akan bersikap prejudis terhadap mereka yang dilihat pro-pentadbiran tidak kira sama ada kerajaan dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan mahasiswa hanya diam dan takut untuk bersuara. Adakah ini keadilan sosial? RETORIK
3) Non-Partisan: GMUKM sehingga ke sekarang tidak mengaku bahawa mereka sebenarnya adalah proksi Pati Bulan. Mereka sibuk memalu gendang yang Aspirasi merupakan tajaan daripada UMNO sedangkan mereka sering menerima tajaan daripada parti luar. Buktinya kita boleh flyers-flyers berwarna, banner-banner yang cantik dan ternyata lebih hebat daripada Aspirasi yang mencetak Al-Bayan dengan hanya menggunakan kertas A4 biasa. itu semuanya datang dari sumber mana? Mereka mengatakan itu adalah hasil daripada pungutan sesame ahli sedangkan merekalah orang paling sibuk mengatakan duit ptptn tidak mencukupi dan sebagainya. Dalam penamaan calon tahun lepas juga anda boleh melihat bagaimana calon-calon GMUKM dibawa menaiki kereta-kereta mewah untuk ke tempat penamaan calon sedangkan Aspirasi hanya berjalan kaki. Adakah itu menunjukkan yang mereka bukan mendapat funder daripada luar? Takkan anda lupa Dun Bangi, Parlimen Serdang dan Negeri Selangor diperintah oleh siapa? RETORIK
4) Keintelektualan: Dalam hal ini gambar dibawa mampu menunjukkan keinteletualan yang dibawa oleh GMUKM. RETORIK
5) Kesepaduan Kaum: Adakah kesepaduan kaum itu diterapkan di dalam GMUKM atau sekadar omong-omongan. Anda mungkin boleh melihat sendiri tidak kira dalam GMUKM. AKSIS, MAMPU dan GMLN adakah terdapat kaum lain? AKSIS, MAMPU dan GMLN sebenarnya adalah terdiri daripada orang-orang yang sama sahaja. Front-front ini Sengaja ditubuhkan untuk memperlihatkan mahasiswa bahawa mereka sebenarnya adalah gabungan yang banyak. Jangan tertipu. Persoalannya adakah MAMPU itu hiudp lagi? MAMPU itu adalah Slogan yang dibawa IPU pada datu ketika dulu. Berbeza dengan Aspirasi dibentuk oleh gabungan tiga Pertubuhan yang melibatkan kaum. Iaitu TSB, CCC dan PAH yang masing-masing mewakili Melayu, Cina dan India. Kesepaduan ini juga jelas kelihatan dalam pembahagian kerusi dalam pilihan raya dimana Aspirasi menghantar calon-calon selain daripada Melayu untu bertanding. Dimana konsep kesepaduan kaum GMUKM? RETORIK
Mahasiswa harus menilai sepenuhnya yang mana retorik dan yang mana adalah benar-benar perjuangan.
Perpaduan Asas Keharmonian
5 comments:
TSB, nk tye sket bpe byk pertubuhan yang buat pilihanraya terbuka umum cari EXCO2 die??
sebut sket??
satahu saya PMFST, Silat Cekak Hanafi, Permanis sahaja..
nih, nape JAKSA xpernah lgsg ade pilihanraye cari JAKSA? EVEN AGM pun X PERNAH buat? Cane kami nak tau banyak ne duit JAKSA sumbang kepada kebajikan MAHASISWA?? mne kami nk dapat ruang nk usul dasar penambahbaikan kepada JAKSA?
Aspirasi gunakan Jaksa kuasai pelajar. skurang Aktiviti PMF2 UKM lebih membina pemikiran dan softskills. Aspirasi buat aktiviti byak yg lebih sempitklan minda, hiburan sana-sini, xutamakan solat jemaah, atas alasan tanggungjawab individu. nape PMF wat prog solat jamaah leh jaga? ini tanggungjawab sume, bkn individi.
PISI- JAKSA 2 kna isi borang dan ditemuduga oleh pengurus, pengetua dan felo. so, xperlu kowt nk wat election..yg PMF 2 da interview ke? xde kn..ape pgrm yg dibuat oleh aspirasi yg berunsur hiburan>?
skrng ni isu nye, klu pilih sendiri, nnt pilih kroni..
jd klu pengurus,felo,pengetua yg pilih maknenye die pilih puak2 aspirasi la..
PMF kurang2 ade gak pemilihan exco secara terbuka..klu de spe2 aspirasi nk join bertanding pun boleh, nak bwak croud datang nk undi pn boleh.
"sekurang-kurangnya" hahaha nampak sangat tak demokrasi.. exco takde hal.. klu berani bukak kerusi prsiden untuk dipertandingkan
Sesi atau masa peralihan kuasa antara JAKSA dan PMF tak sama la. PMF tidak berfungsi 24 jam seperti mana JAKSA. Sebab tu JAKSA layak mendapat pengecualian yuran bilik sahaja. Pemilihan JAKSA dilakukan oleh Pengetua sebab itu ketetapannya dari dulu lagi. Dan pelantikan JAKSA perlukan kelulusan Dato TNC HEPA. Dari segi peruntukan, semua laporan penggunaan duit JAKSA dihantar ke Jabatan Bendahari. AGM JAKSA ada dibuat kerana adanya majlis penyerahan fail dan tugas yang disaksikan pihak pengurusan. Untuk penggunaan duit JAKSA, UKM kan ada Unit Audit Dalam dan Bendahari. Mereka akan memeriksa setiap butiran mengenai perbelanjaan. Sebenarnya tidak perlu pon aktif fakulti kerana yuran khas aktiviti pelajar dibayar untuk kolej. RM 100 satu sesi. Pecahan penggunaan duit tersebut ada dinyatakan dalam Buku Peraturan Khas Kolej. Pemilihan JAKSA juga lebih telus kerana semuanya perlu memohon dan mengemukakan salinan peperiksaan. Pemilihan JAKSA juga dibuka kepada semua. Semua boleh memohon. JAKSA tidak perlukan pilihanraya. Kalo ada pilihanraya JAKSA maknanya kita sendiri double standard. Usul penambahbaikan JAKSA tidak semestinya memerlukan platform formal kerana setiap pandangan akan dibawa ke mesyuarat. Yang penting cara kita sampaikan sesuatu usul itu. Bukan hanya tahu mengkritik tapi yang penting melalui saluran yang betul. Cuma setiap benda akan ada halangannya. Kalo pemilihan JAKSA dikatakan kroni bagaimana saudara King Chai menjadi JAKSA. Fikirkanlah. Aktiviti PMF tidak boleh disamakan dengan kolej sebab tuntutannya tidak sama dan tidak mengatakan bahawa aktiviti JAKSA sempitkan minda dan sebagainya. Selalunya yang aktif PMF tidak dapat aktif kolej. Ok la tue. Ambil salah satu sama ada kolej atau fakulti mengikut abiliti. Maknanya meramaikan lagi pelajar yang aktif. Kan bagus. Masing-masing ada tanggungjawab yang sama walaupun berlainan persekitaran dan skop. TQ
Post a Comment