Wednesday, February 23, 2011

Analisis kekalahan Aspirasi dalam PRK 2011

Assalamualaikum dan salam perjuangan.

2011 memperlihatkan peralihan kuasa PMUKM berlaku daripada Aspirasi yang berkuasa selama 7 tahun berturut-turut kepada GMUKM.

ucapan tahniah kepada GMUKM dan selamat menjalankan tugas

kita akan melihat punca sebenar kekalahan Aspirasi dan janganlah menuding jari kepada sesiapapun.

1)Undi pecah

Kehadiran calon-calon bebas dalam merebut kerusi PMUKM menjadi faktor utama yang menyebabkan undi Aspirasi terpecah. Dalam hal ini dapat dilihat calon-calon bebas yang yang bertanding atas tiket Kaukus Siswa melayu adalah daripada serpihan Aspirasi sendiri yang membawa diri kerana konflik dalam Aspirasi. Melalui keputusan yang diperolehi, 3 calon bebas iaitu Mohd Hafiz, Zulhilimi serta mohan Raju telah memecahkan undi Aspirasi. Sebanyak lebih 3000 lebih undi telah dimenangi oelh ketiga-tiga calon bebas yang bertanding kerusi umum tahun 2 yang selalunya menjadi kerusi selesa bagi Aspirasi.

Mohan Raju juga membawa impak yang besar dalam pola pengundian student India dalam PRK kali ini. Kalau sebelum ini calon-calon dari PAH biasanya akan diletakkan di Kerusi FSSK. Keadaan ini membawa 1000 undi bagi student India terarah kepada Mohan Raju walaupun beliau bukan bertanding atas tiket PAH.


2)Konflik dalaman Aspirasi

Konflik dalaman Aspirasi membawa kepada kekalahan Aspirasi dalam PRK 2011. Kebanyakan ahli-ahli yang menentang Aspirasi bukan sahaja dari kalangan seteru utama mereka bahkan daripada mereka yang tidak bersetuju dengan Aspirasi itu sendiri. Kekecewaan segelintir penggerak Aspirasi telah menyebabkan tumbangnya Aspirasi. Misalnya Aspirasi kehilangan penyokongnya di Kolej Aminuddin Baki kerana sebilangan anggota Kaukus Siswa Melayu berada di Aminuddin Baki dan mempunyai Pengaruhnya sendiri.

3)Kegagalan sebilangan MPP Aspirasi Lepas.

Hal ini merupakan satu benda penting bagi melihat arah tuju Aspirasi itu sebagai sebuah pergerakan pelajar yang menjaga kebajikan Student UKM. Mahasiswa UKM melihat pencapaian Aspirasi adalah melalui MPP mereka, sama ada mereka membuat kerja atau hanya memanaskan kerusi MPP tanpa melakukan apa-apa kerja. Dalam hal ini kita tidak perlu menyebut siapa yang tidak buat kerja dan sebagainya, mahasiswa mampu menilai sendiri apa yang berlaku.


4)Masalah-masalah Universiti yang tak dapat diselesaikan

Air, Internet dan Isu Keselamatan: ketiga-tiga masalah ini adalah merupakan masalah paling besar yang tidak dapat diselesaikan oleh Aspirasi. Walaupun masalah ini sepatutnya diselesaikan oleh pihak pentadbiran Universiti, namun, Mahasiswa memberi kesalahan kepada wakil pelajar kerana gagal bertindak walaupun mereka telah bertindak dengan sebaik mungkin. Kegagalan pentadbiran memberi impak kepada Aspirasi. HAL INI JUGALAH YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA UNDI PROTES KEPADA ASPIRASI.


5)Kekuatan jentera

Jikalau dilihat kepada kekuatan jentera Aspirasi kali ini, kekuatan jentera Aspirasi disetiap kolej semakin berkurangan. Hanya tiga kolej yang masih menampilkan kekuatan jentera mereka dalam PRK kali ini. Iaitu Jentera Aspirasi Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Ibrahim Yaakub dan Kolej Rahim Kajai. Ketiga-tiga kolej ini masih merupakan kubu kuat bagi Aspirasi kerana pejuang-pejuang TSB masih terdapat didalamnya. Hal ini sangat berbeza dengan kolej-kolej besar seperti Krismas dan Pendeta Za’ba yang dilihat tidak mempunyai jentera yang besar bagi menarik penghuni kolej untuk bersama dengan Aspirasi.


6)Kewujudan Kerusi Post-Graduate

Pihak Aspirasi hanya menghantar seorang sahaja calon dalam merebut kerusi siswazah yang dibuka dalam PRK kali ini. Hal ini menyebabkan GMUKM memperolehi 3 kerusi dengan mudah. GMUKM menang dengan mudah walaupun peratus pengundi tidak sampai 5% dan ini merupakan satu bonus bagi GMUKM.

jikalau ada punca lain anda bolehlah memberi pendapat melalui komentar. dan jangalah ada pihak-pihak tertentu yang menuding jari kepada mana-mana pihak. Muhasabah diri kita. bagi pejuang-pejuang TSB perjuangan harus diteruskan.

"Takkan Sekali Berundur"

"Perpaduan Asas Keharmonian"

6 comments:

faiz said...

lakukan post mortem besar-besaran... kami dari kolej zaba memang akui yg jentera kami sedikit tidak seperti tahun2 lain... byk yg kurang dan yg tak kene pada tahun ini... harap aspirasi pusat dapat megadakan meeting besar-besaran untuk analisis kekalahan

r.k said...

bila lama sangat dah pegang tampuk pemerintahan , banyak yang terlepas pandang . rasa selesa tu dah ada .
jalanilah setahun pemerintahan GM dengan menambahbaikkan aspirasi itu sendiri .
KBH , KRK , KIY masih teguh atas usaha mereka dan sokongan antara 'mereka' bertiga . setahun yang ada ni , rapatkan balik hubungan antara individu diantara semua kolej yang ada .
dapatkan balik kerusi tahun depan ..

yang penting , jangan cepat melenting . :)

KZSO said...

padan muka! dah kalah baru nak sedadar dan insaf!!

Unknown said...

Kekecewaan akan mengajar kita lebih matang di masa hadapan.

Terasa perit melihatkan tumbangnya legasi pimpinan Aspirasi di UKM kerana semasa berjuang untuk membinanya dahulu bukannya mudah..

Bila bertanya kepada 'founder' aspirasi tahun 2003, mereka melahirkan kekesalan.

Zaman perjuangan dahulu jauh bezanya dgn sekarang.

Tapi apa pun, sekiranya memerlukan sebarang bantuan, Insya Allah kami boleh membantu seadanya terutama pejuang semasa zaman saya 2005 dan zaman Zafry 2004.

- Hafidzan -

Budiman Mohd Zohdi said...

Salam, saya adalah individu yang bertanggungjawab mengambil alih TSB apabila ia hampir dibuang ke longkang pada tahun 1996. Saya memerhati dari jauh wp ada dipanggil untuk sesi bertemu dengan mahasiswa tetapi hanya setahun sekali.Ada manifestasi meluat dari 'atas ke atas'.
Saya akan mengulas dalam blog..minggu depan

Dek Wan said...

Takpe jgn kecawa sangat... kite rehat setahun... dah penat tujuh taun memerintah... kasi can diowng rase.... tggu next PRK kite gegarkan politik ukm nih....