Assalamualaikum dan Salam Perjuangan
keputusan PRK baru-baru ini ternyata telah memihak kepada GMUKM setelah 7 tahun menunggu untuk menduduki semula kuasa PMUKM. 7 tahun bukan satu jangka waktu yang singkat bagi GMUKM untuk membentuk semula barisan mereka setelah melakukan rebranding daripada IPU kepada GMUKM.Bagi Aspirasi, kekalahan ini pastilah sangat perit bagi mereka. ini merupakan kekelahan mereka yang pertama setelah 7 tahun memegang tampuk pemerintahan PMUKM semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 2003.
Adakah Aspirasi itu patut dikuburkan terus atau perlu penjenamaan semula seperti yang dilakukan oleh gerakan Pro-Aspirasi diselruh IPTA di malaysia. jangka waktu 7 tahun adalah satu tempoh yang agak lama untuk aspirasi kekal pada wadah perjuangannya dan perlu perubahan dan pembaharuan. walaubagaimanapun, prospek masa hadapan bagi perjuangan perlu dilakukan segera, kerana beza kekalahan antara Aspirasi dan GMUKM tidaklah terlalu jauh dan punca kekalahan hanyalah disebabkan masalah dalaman yang menyebabkan wujudnya calon bebas.
bagi calon-calon Aspirasi yang menang, beban dan tanggungjawab sekarang adalah terpikul kepada mereka bagi menaikkan semula nama Aspirasi. istilah pembangkang haruslah dilupakan oleh mereka kerana mereka mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kebajikan Mahasiswa UKM disamping menaikkan semula nama Aspirasi. jadilah pendesak yang terbaik kepada GMUKM agar wujudnya Check and Balance.
walaupun Aspirasi tumbang diperingkat Universiti namun, di kolej-kolej kediaman Aspirasi masih lagi pemegang kuasa utama. terutamanya dikalangan Jaksa dan sebagainya.contoh ini dapat dilihat kepada tiga kuasa utama iaitu Kolej Rahim Kajai, Kolej Ibrahim Yaakub dan Kolej Burhanuddin Helmi. kolej-kolej ini merupakan penggerak kepada perjuangan Aspirasi di UKM dengan asas TSB sebagai perjuangan mereka. Kolej-kolej besar seperti za'aba dan kerismas perlu mengambil iktibar kegagalan mereka untuk mendapatkan sokongan daripada mahasiswa.
bagi TSB, walaupun Aspirasi mengalami kekalahan pada tahun ini, namun ianya tidak sedikit pun menggoyahkan kedudukan TSB. TSB tetap mengalami peningkatan dari tahun ke tahun untuk menunjukkan kebangkitan mereka. mungkin Aspirasi perlu melihat kembali sebab kewujudan mereka dan tindakan mereka pada masa hadapan.
TSB juga berharap akan berlaku perubahan terhadap pentadbiran Universiti yang dilihat selama ini sangat menyusahkan pekajar sehingga memberi impak kepada perjuangan Aspirasi. kekalahan Aspirasi biar menyedarkan mereka bahawa Aspirasi ini bukannya kuda tunggangan mereka, jangan kerana Aspirasi mereka boleh duduk dengan selesa di atas.
kesimpulannya, perjuangan haruslah diteruskan, rapatkan semula barisan pejuang-pejuang sekalian. tunjukkan semula taring perjuangan anda. biaralah Perjuangan itu sentiasa Teguh, Setia dan sentiasa Bersatu.
"Takkan Sekali Berundur"
3 comments:
TSB dan Aspirasi tidak perlukan penjenamaan semula sepertimana IPU (Hijau) kpd IPU-MAMPU (Oren) dan kini GMUKM (ungu).
Ia perlu diperkasakan terutama idelis dan teras perjuangan mengikut suasana kampus semasa.
Zaman Kouta dan zaman meritrokrasi (2003)adalah berbeza. Polarisasi pelajar semakin berubah.
Melayu tidak lagi dominan di beberapa fakulti.
Aspirasi dan TSB perlulah dibaca dalam baris yang sama. Usah pisahkan Aspirasi dan TSB seperti zaman saya dahulu.
Ingatlah sejarah 'Tahun Sapu Bersih' - 2000 (51-0) dan krisis perpecahan pasca PMUKM zaman saya yang menyebabkan Aspirasi/TSB terbelah dua.
Buat program dgn konsisten. Wujudkan beberapa ikon pelajar sebagai contoh yg bebas dari sebarang isu sama ada akademik dan akhlak.
15 MPP itu boleh menjadi kabinet bayangan kepada PMUKM sesi ini. Tunjukkan bahawa pemilihan pelajar tahun ini dgn memilih GMUKM adalah kesilapan besar.!
setuju dengan Hafidzun . 15 MPP ini walaupun kecil bilangannya, tapi biar org nampak mereka2 ni yang sebenarnya berkelayakan . mahasiswa celik akan bijak menilai .
salam perjuangan..
ASPIRASI mahupun TSB masih lagi relevan di kalangan mahasiswa..ini dibuktikan dengan pemilihan calon-calon dr kalangan ASPIRASI yang tidak kurang banyak berbanding calon-calon dr kalangan GMUKM..ASPIRASI tidak memerlukan penjenamaan semula seperti yg dicadangkan..yg perlu di'jenamakan' semula adalah'sikap' dan 'pemikiran' ahli serta penyokongnya..kemudian baru boleh fikirkan tentang agenda perjuangan..
p/s: contohilah kepimpinan Dato Seri Najib yg berjaya membawa perubahan kp corak politik negara sekarang..cuma mase yg menentukan..
Post a Comment